BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Israel lulus undang-undang diskriminasi sasar penduduk Palestin

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
3477535.webp

Undang-undang berat sebelah yang menyasarkan penduduk Palestin akan berkuat kuasa dalam tempoh 30 hari.

TEL AVIV - Parlimen (Knesset) Israel pada Isnin meluluskan undang-undang diskriminasi yang mengenakan hukuman mati ke atas penduduk Palestin.

Rang undang-undang kontroversi itu menerima 62 sokongan termasuk Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu manakala 48 menolak.

Menteri Keselamatan, Itamar Ben-Gvir mendesak pelaksanaan undang-undang tersebut sebagai salah satu syarat utama perjanjian kerajaan gabungan bersama parti pimpinannya, Otzma Yehudit.

Ia secara terang-terangan memberi kuasa kepada Zionis untuk membunuh lebih ramai penduduk Palestin yang berdepan penindasan selama beberapa dekad.

Undang-undang berat sebelah yang akan berkuat kuasa dalam tempoh 30 hari itu memberi lampu hijau kepada mahkamah tentera untuk menjatuhkan hukuman kejam ke atas penduduk Palestin yang berdepan tuduhan melakukan keganasan ke atas puak Yahudi atau askar mereka.

Ia bagaimanapun mengecualikan hukuman ke atas pelampau Yahudi yang didakwa membunuh penduduk Palestin.

Pihak Berkuasa Palestin (PA) dalam satu kenyataan mengutuk undang-undang itu yang disifatkan sebagai satu bentuk jenayah perang terhadap penduduk Palestin selain melanggar Konvensyen Geneva Keempat yang menjamin perbicaraan adil. - Agensi

 
Back
Top
Log in Register