BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Inisiatif Telematik Kenderaan Perdagangan Dilaksana Secara Berfasa - Loke

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,150
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,150
Reaction score
346
Points
141

Inisiatif Telematik Kenderaan Perdagangan Dilaksana Secara Berfasa - Loke​

a4a91777533629f8b0648ae69381c9e36a4241f9c8be2

Menteri Pengangkutan Anthony Loke turut mengadakan lawatan ke pejabat operasi BSMART Syestem Solution Sdn Bhd pada Majlis Pelancaran Inisiatif Telematik Kenderaan Perdagangan.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kementerian Pengangkutan (MOT) akan melaksanakan inisiatif sistem telematik kenderaan perdagangan secara berfasa bermula 2026 hingga 2028, sebagai sebahagian usaha memperkukuh keselamatan jalan raya negara melalui pendekatan berasaskan data dan teknologi pintar.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata inisiatif itu, akan bermula dengan fasa sukarela dan advokasi kepada industri pada 2026 hingga 2027, sebelum diperluas kepada pembangunan Sistem Pangkalan Data Pemandu Kenderaan Perdagangan dan integrasi data telematik secara berpusat tahun depan.

Beliau berkata fasa ketiga yang dicadangkan bermula pada 2028, iaitu mempertimbangkan penggunaan sistem telematik sebagai antara syarat wajib pelesenan bagi kenderaan perdagangan, tertakluk kepada tahap kesiapsiagaan industri serta pembangunan sistem kerajaan yang berkaitan.

“Namun begitu saya nak tegaskan bahawa yang pertamanya, kita belum mewajibkan untuk mana-mana syarikat menggunakan sistem telematik, tetapi ia satu langkah yang kita galakkan kerana kita merasakan bahawa kalau ada sistem telematik untuk memantau tingkah laku pemandu, ini akan membantu untuk meningkatkan tahap keselamatan jalan raya.

“Dan ini baik untuk syarikat pengangkutan juga. Syarikat-syarikat kenderaan berat ini boleh memantau pemandu-pemandu mereka sendiri. Jadi ada beberapa features yang penting,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Inisiatif Telematik bagi Kenderaan Perdagangan di sini hari ini.

Telematik merupakan teknologi pintar yang menggabungkan sistem Sistem Penentududukan Sejagat (GPS), sensor kenderaan dan komunikasi data bagi membolehkan pemantauan operasi kenderaan secara masa nyata bagi mengenal pasti parameter seperti kelajuan, brek mengejut, pecutan agresif, tempoh pemanduan dan corak pergerakan kenderaan boleh direkod serta dianalisis secara berterusan.

Beliau berkata antara ciri keselamatan paling penting dalam sistem telematik ialah keupayaan menghalang kenderaan daripada dihidupkan, sekiranya pemandu didapati berada di bawah pengaruh alkohol atau dadah.

“Ada beberapa features yang penting. Yang pertamanya, kita akan tahu melalui telematik sama ada pemandu memandu laju, pemandu mengantuk...kalau mereka ini positif dari segi alkohol atau dadah, maka sistem telematik akan menyebabkan enjin tidak boleh dihidupkan, jadi mereka tidak boleh membawa kenderaan tersebut,” katanya.

Loke berkata pendekatan berasaskan langganan itu juga tidak membebankan syarikat, kerana tiada keperluan pelaburan modal besar, sebaliknya hanya melibatkan pemasangan peralatan dan caj langganan bulanan antara RM60 hingga RM300 bagi setiap kenderaan.

 
Back
Top
Log in Register