combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Menteri Pengangkutan Anthony Loke (tiga,kanan) menyempurnakan Majlis Pelancaran Pas Bulanan MyPutrajaya dan MyKLIA anjuran Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) di KLIA Terminal 2, hari ini.
Inisiatif MyKLIA Monthly TravelCard (MTC) dan MyPutrajaya MTC selaras dengan aspirasi kerajaan MADANI dalam membantu meringankan kos sara hidup selain respons terhadap krisis bekalan global, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Beliau berkata MyKLIA MTC ditawarkan secara eksklusif kepada rakyat Malaysia yang bekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan Terminal 2 manakala MyPutrajaya MTC dikhaskan kepada penjawat awam bekerja atau menetap di Putrajaya dan Cyberjaya.
“Inisiatif ini adalah opsyen lebih murah kepada warga kerja yang menggunakan pengangkutan awam untuk ke tempat kerja terutamanya mereka bekerja di syarikat penerbangan atau sektor peruncitan di lapangan terbang ini.
“Ini juga adalah respons terhadap apa yang sedang berlaku di Asia Barat, kita bukan sahaja menggalakkan penggunaan pengangkutan awam tetapi dapat mengurangkan kebergantungan kepada kenderaan persendirian sekali gus menjimatkan minyak. Inisiatif ini juga dilihat sebagai lebih efisien dan mesra alam serta mengoptimumkan penggunaan KLIA Transit,” katanya.
Loke berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan pas MyKLIA MTC dan MyPutrajaya MTC di KLIA Ekspres dan KLIA Transit, KLIA Terminal 2, di sini hari ini.
Kedua-dua pas bulanan tersebut boleh dibeli bermula 24 April hingga 1 Julai dengan tempoh sah perjalanan dari 1 Mei hingga 31 Julai.
Bagi MyKLIA MTC, tambang laluan KLIA Terminal 1/2 Salak Tinggi diturunkan daripada RM180 kepada RM150, manakala laluan KLIA Terminal 1/2–Putrajaya dan Cyberjaya berkurang daripada RM230 kepada RM150.
Selain itu, tambang bagi laluan KLIA Terminal 1/2–Bandar Tasik Selatan dikurangkan daripada RM345 kepada RM250, sementara laluan KLIA Terminal 1/2–KL Sentral pula dikurangkan daripada RM420 kepada RM250.
Bagi MyPutrajaya MTC, laluan Putrajaya & Cyberjaya–Salak Tinggi menyaksikan tambang diturunkan daripada RM110 kepada RM75, manakala laluan Putrajaya dan Cyberjaya-Bandar Tasik Selatan pula berkurang daripada RM195 kepada RM150.
Inisiatif MyKLIA, MyPutrajaya Ringan Kos Hidup, Respons Terhadap Krisis Bekalan Global - Loke
Anthony Loke, MyKLIA, MyPutrajaya, tambang, awam