BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Krisis Bekalan Global: Kerajaan Beri Perhatian Keterjaminan Bekalan, Kawal Harga Barangan Asas

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,764
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,764
Reaction score
289
Points
146

Krisis Bekalan Global: Kerajaan Beri Perhatian Keterjaminan Bekalan, Kawal Harga Barangan Asas​

3546993a9015c7a90bef12abe1f152e26a420f03f31bf

Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir ketika sesi Penerangan Menteri Mengenai Krisis Bekalan Global sempena Mesyuarat Kedua, Penggal Kelima, Parlimen ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kerajaan memberi perhatian khusus kepada keterjaminan bekalan barangan keperluan, kawalan harga barangan asas dan peningkatan kecekapan saluran pengedaran bagi mengurangkan kesan kenaikan harga kepada rakyat.

Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata dalam sektor makanan, kenaikan kos logistik dan input pertanian memberi tekanan kepada harga barangan pengguna dengan sebanyak 63 peratus keperluan baja negara bergantung kepada sumber import.

“Berdasarkan penilaian semasa, kos baja diunjurkan meningkat antara 15 hingga 20 peratus, manakala kos makanan ternakan meningkat sekitar lapan peratus,” katanya ketika menyampaikan Sesi Penerangan Menteri mengenai Krisis Bekalan Global di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata bagi menstabilkan bekalan dan harga, kerajaan turut melaksanakan pemantauan harian ke atas bekalan dan harga barangan keperluan.

Katanya penyelarasan turut dibuat bersama Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dan pemain industri untuk memantau kedudukan stok dan melaksanakan langkah kontingensi supaya keperluan pengguna serta ekonomi utama tidak terjejas selain memastikan bekalan tenaga negara kekal stabil.

“Sehingga kini, kerajaan dapat memastikan bekalan bahan api mencukupi sehingga Ogos 2026 dan sedang berusaha untuk memastikan bekalan bahan api terus terjamin. Ini penting supaya aktiviti harian rakyat, pengangkutan awam, logistik, perniagaan dan sektor kritikal dapat terus beroperasi,” katanya.

Akmal Nasrullah berkata bekalan beras negara termasuk stok penimbal juga masih terkawal dan mencukupi untuk tempoh lima hingga enam bulan manakala bekalan makanan asas seperti ayam, telur, ikan, susu dan buah-buahan mencukupi untuk tempoh sekurang-kurangnya sebulan.

Selain itu, beliau berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) juga akan terus memantau 316 barangan keperluan di lebih 2,000 premis runcit seluruh negara di samping penguatkuasaan terhadap pencatutan dan penyeludupan turut dipertingkat supaya tekanan global tidak dimanipulasi untuk menaikkan harga secara tidak munasabah.

Akmal Nasrullah berkata kerajaan turut memantau rapi risiko pekerjaan dan setakat ini, prestasi penyertaan tenaga buruh masih stabil walaupun terdapat sedikit peningkatan dalam kadar penggangguran iaitu 2.9 peratus pada April 2026 kepada tiga peratus pada Mei 2026.

 
Back
Top
Log in Register