BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Inisiatif Nikah Jamaie Syarie Bantu Ringan Kos Majlis Perkahwinan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Inisiatif Nikah Jamaie Syarie Bantu Ringan Kos Majlis Perkahwinan​

da9a5d96cae889c405b53a8fbc1879ed6a4e1a0069c4c

Imam Besar Masjid Negeri Perak Abd Farid Salleh

Masjid Negeri Perak dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) meneruskan penganjuran Majlis Nikah Jamaie Syarie untuk kali kelapan tahun ini, dengan jangkaan 30 pasangan menyertai program itu.

Imam Besar Masjid Negeri Perak Abd Farid Salleh berkata program itu dijadualkan berlangsung di Masjid Sultan Idris Shah II, Jalan Sultan Iskandar pada 26 Dis.

“Program ini satu daripada inisiatif membantu meringankan kos perkahwinan pasangan berpendapatan rendah dan mempromosikan konsep perkahwinan patuh syariah yang menekankan keberkatan, kesederhanaan dan pembinaan keluarga,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Abd Farid berkata sejak dilaksanakan pada 2013, sebanyak 137 pasangan telah menerima manfaat program itu.

Beliau berkata tarikh tutup pendaftaran adalah sebelum 31 Ogos dan setiap pasangan yang berhasrat menyertai program itu dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM4,000.

Setiap pasangan akan menerima kemudahan seperti santapan beradab, jamuan makan tetamu, set pelamin dan bunga pahar serta pakej penginapan satu malam berserta makan malam di hotel.

 
Back
Top
Log in Register