BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kesan Krisis Bekalan Global Mula Meresap Dalam Kos Harian - Akmal Nasrullah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
d6ce2c1d0e7874c0239c0b6f31d9152069e75d90230df


Kesan krisis bekalan global sudah mula meresap ke dalam kos pengangkutan, logistik, harga barang serta perbelanjaan harian rakyat dan negara kini sedang berhadapan dengan fasa penyesuaian kos yang semakin nyata.

Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata berdasarkan pemantauan harga bahan makanan terpilih bagi tempoh 13 hingga 19 April menunjukkan pergerakan harga yang bercampur.

Beliau berkata situasi itu menunjukkan tekanan bekalan tidak berlaku secara seragam, tetapi berbeza mengikut kategori dan dipengaruhi oleh faktor cuaca, kos input pertanian, kos pengangkutan dan turun naik bekalan jangka pendek.

“Harga purata ayam standard meningkat 2.8 peratus daripada RM9.09 sekilogram kepada RM9.33 sekilogram, sementara harga daging lembu menurun 5.0 peratus kepada RM35.65 sekilogram, manakala telur ayam Gred C kekal stabil pada purata RM3.66 bagi 10 biji.

“Bagi kategori ikan dan sayur-sayuran pula, harga ikan kembung menurun kepada RM16.43 sekilogram daripada RM17.08, manakala purata harga sawi meningkat daripada RM5.89 kepada RM6.21 sekilogram dan harga bayam hijau kekal stabil pada RM5.26 sekilogram,” katanya dalam taklimat khas berkaitan krisis bekalan global yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen tempatan, hari ini.

Beliau berkata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) turut merekodkan kenaikan purata harga diesel di Semenanjung kepada RM4.09 seliter berbanding RM2.98 pada Februari, manakala RON97 meningkat kepada RM4.01 berbanding RM3.11.

Sehubungan itu, katanya tindak balas kerajaan perlu cepat dan tepat berasaskan data semasa dalam berdepan kesan krisis berkenaan terhadap kehidupan rakyat.

Berhubung pasaran buruh pula, Akmal Nasrullah berkata trend kehilangan pekerjaan buat masa ini belum menunjukkan tekanan berskala besar, namun masih memerlukan pemantauan rapi.

“Pengalaman lalu menunjukkan impak kejutan kos tenaga kepada pekerjaan lazimnya muncul dengan sedikit jarak waktu.

 
Back
Top
Log in Register