combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir
Kerajaan memandang serius kesan krisis tenaga global terhadap industri khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta industri kesihatan yang kini berdepan tekanan kos selain cabaran kesinambungan bekalan, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
Beliau berkata keutamaan kerajaan bukan sekadar meredakan tekanan jangka pendek, tetapi memanjangkan ketahanan bekalan sedia ada selain melaksanakan perubahan struktur ekonomi secara bertanggungjawab.
“Semua ini perlu dilakukan dengan mengambil kira kedudukan fiskal negara yang sedang menanggung subsidi minyak yang tinggi. Matlamat kerajaan jelas iaitu mengurangkan beban industri, melindungi pengguna akhir dan memastikan ekonomi negara kekal berdaya tahan.
“Kurangkan tekanan industri, lindungi pengguna dan perkukuh daya tahan negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Hari ini, Akmal Nasrullah bersama Jawatankuasa Penasihat Dasar kepada Perdana Menteri (PMAC) meneruskan sesi libat urus bersama industri yang terkesan akibat krisis tenaga global dengan tumpuan khusus kepada PMKS serta industri kesihatan.
Sesi tersebut disertai SME Corp Malaysia, Gabungan Persatuan-Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (GPPPKMM), Persatuan Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) serta SME Association of Malaysia.
Wakil industri kesihatan pula seperti Persatuan Pengilang-Pengilang Peranti Perubatan Malaysia (Perantim), Malaysian Association of Pharmaceutical Suppliers (MAPS), Pharmaceutical Association of Malaysia (PhAMA) dan Malaysian Organisation of Pharmaceutical Industries (MOPI).
Libat urus itu memberi ruang kepada industri untuk membentangkan kesan langsung krisis tenaga global terhadap operasi perniagaan termasuk peningkatan kos input, tekanan terhadap aliran bekalan serta cabaran untuk mengekalkan daya saing dan kesinambungan operasi.
Beliau berkata industri kesihatan menzahirkan kebimbangan terhadap peningkatan kos yang boleh memberi kesan kepada rantaian bekalan produk dan perkhidmatan kesihatan yang penting.
Kerajaan Pandang Serius Kesan Krisis Tenaga Global Kepada PMKS, Kesihatan - Akmal Nasrullah
kesan, krisis tenaga global, PMKS, kesihatan, liba