Sebenarnya ramai yg tak tahu iaitu jika dilebuhraya kereta kita mengalami kerosakan disebabkan ada objek dilebuhraya mmg kita boleh dan patut claim dgn plus krn lebuhraya dah laa kena bayar tol dan sememangnya lebuhraya bebas dari objek atau benda2 lain yg tak sepatutnya ada dan lebuhraya selamat utk digunakan. Begitu juga dgn jalan2raya yg lain samada jln persekutuan, jln negeri, jln bandaran, kita boleh claim dgn pihak yg berkenaan. Contoh jika ada org potong rumput tepi jalan tiba2 ada batu kena dicermin kereta kita...kita kena claim dgn kontraktor yg menjlnkan kerja2 potong rumput tu, jika dia tak mau bayar kita report dgn JKR kerana segala kerja2 berikut mmg diinsurankan bagi pihak org awam. Tapi perkara2 begini mmg mereka tak dedahkan kpd org ramai.