BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

info lambang2 haram (kongsi golap)

zulzord8

Fun Poster
Messages
549
Joined
Jul 13, 2011
Messages
549
Reaction score
1
Points
15
BUKIT AMAN, 30 OGOS – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mendedahkan logo-logo kumpulan kongsi gelap seperti yang telah dinyatakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum ini dalam Sidang Media Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di Dewan Theatrette, Menara 1, Ibu Pejabat polis Bukit Aman sebentar tadi.

SAC Dato' Abd Jalil bin Hassan, Ketua Penolong Pengarah D7 Bahagian Kongsi Gelap / Judi / Maksiat JSJ Bukit Aman dalam sidang media pada hari ini menerangkan perlunya pendedahan ini sebagai panduan kepada orang ramai bagi mengelakkan mereka terlibat tanpa pengetahuan mereka dalam aktiviti-aktiviti kongsi gelap ini.

Beliau turut menekankan pentingnya peranan ibu bapa dalam memberikan pendidikan berkenaan keburukan kumpulan kongsi gelap ini kerana berdasarkan maklumat yang diperolehi mendapati penglibatan remaja seawal usia 15 tahun lagi.

Kumpulan-kumpulan ini telah ditakrifkan sebagai haram di bawah Seksyen 52(3) Akta Pertubuhan 1966 di mana orang yang menjadi atau menjalankan kerja sebagai seorang anggota sesuatu pertubuhan kongsi gelap atau yang menghadiri sesuatu mesyuaratnya atau yang didapati ada dalam miliknya, atau ada dalam jagaan atau kawalannya apa-apa buku, kira-kira, tulisan, senarai anggota-anggota meteri, panji-panji atau tanda bagi, atau berhubung dengan sesuatu pertubuhan kongsi gelap sama ada pertubuhan itu ditubuhkan di dalam Persekutuan atau tidak, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih lima tahun atau denda tidak melebihi RM 15,000. — LOGO KUMPULAN KONGSI GELAP DIDEDAH (3 photos)

1231471_650239368319707_505845257_n.jpg


1236237_650239371653040_969407506_n.jpg


1186037_650239378319706_660908948_n.jpg
 
Geng 08 tu dah elok pakai bra beb..:)
 
geng 35 dan 36 tu ingatkan serpihan pekida ...huuhuh
 
pendapat den la kan..maaf laa klu rase x sesuai..tp rase nye melayu kene ade kongsi jgk laa..klu kaum lain jer yg aktif kongsi..mcm mana?sapa nk jaga melayu..amik contoh kampung baru tu..melayu yg jaga..ntah laa..den x join pun mende2 ni..
 
otai tuh mcm geng mat rempita jaa
gambar RPM tuh jd logo
 
Logo OTAI tu selalu nampak kat bus dekat sini.
 
Back
Top
Log in Register