Nak update sikit. Saya baru balik dari Sg Petani berbincang dengan pengusaha rumpai laut ni. Beliau akan memulakan pemerosesan rumpai laut pada skala kecil mulai 16 Disember 2009. Kebanyakkan rumpai laut diimport dari Indonesia disamping rumpai laut yang beliau tanam sendiri
Buat masa ini pengeluaran agar-agar dianggarkan hanya setakat 20 kg sehari sahaja dan akan ditingkatkan ke tahap 1 tan metrik sebulan beransur-ansur dalam tempuhmasa 7~9 bulan
Projek tanaman rumpai laut kat Sabah tak pernah fail. Kerajaan menyediakan dana berbilion ringgit untuk memajukan industri rumpai laut species Eucheuma kat Sabah
Yang fail ialah beberapa orang manusia yang nak untung cepat dan buka skim cepat kaya. Ambik duit orang konon bole beri pulangan berlipat ganda. Manusia serupa ni telah spoilt nama baik rumpai laut.
Rumpai laut yang saya ceritakan didalam forum ini bukan yang ditanam di Sabah tetapi bole ditanam kat Malaysia Barat. Speciesnya ialah GRACILARIA. Species ini le yang di proses untuk dijadikan agar-agar. Isteri hang ke mak hang ke selalu buat kuih lengkong atau jelly atau dadih. Agar-agar ni le yang digunakan.
Saya bukan nak jual saham kat sini tapi memberi penerangan yang species Gracilaria ni mempunyai potensi LEBIH BAIK jika berbanding dari species yang ditanam di Sabah
Anda bole search google atau yahoo 'GRACILARIA' dan bole baca beberapa artikel mengenai tumbuhan laut ini.