Nampaknya tak de sesiapa yang minat dengan projek ni. Kalu buat threat internet bisnes, tipu sana, tipu sini, pinjam sana, pinjam sini ramai lak yang minat.
Ni nak bagi peluang bisnes yang halal yang banyak geran kerajaan, tak sapa minat.
Yang tipu tu pasal rumpai laut species Eucheuma kat Sabah. Rumpai laut species Gracilaria tak idup kat Sabah.
Untuk pengetahuan umum, saya tak promote tanaman ini untuk menjual saham sepertimana yang berlaku dengan syarikat-syarikat yang menjual saham untuk membeli beberapa lot tanaman kat Sabah.
Saya hanya promote thread ini untuk sesiapa yang ingin mengetahui mengenai tanaman rumpai laut species Gracilaria. species ini hanya terdapat disepanjang perairan pantai Malaysia Barat dari Perlis hingga ke Johor DAN bukan nak jual saham.

Untuk info semua, saya akan memulakan perusahaan agar-agar ini menjelang bulan April tahun 2010.
Saya akan bermula dengan mengimport agar-agar serbuk dari Indonesia, dibungkus dan akan dipasarkan melalui saluran-saluran tertentu seperti internet, hyper market dll.
Fasa kedua pula (insyallah dijangka akan bermula dalam bulan Ogos 2010) ialah untuk mendirikan sebuah kilang memproses agar-agar. Kita akan menggunakan teknologi dari India untuk tujuan ini. Oleh kerana bahan mentahnya (rumpai laut species Gracilaria) tidak mencukupi di Malaysia, kita akan mengimport bahan mentah ini dari Sulawesi, Indon. Kilang ini dijangka akan beroperasi dalam bulan Mac 2011.
Fasa ketiga (terakhir), kita akan bergabung dengan mana-mana badan agensi kerajaan didalam proses mengkomersialkan tanaman rumpai laut species Gracilaria di Malaysia (pantai barat semenanjung sahaja)
memang menarik tu TT.. apakah bantuan yang boleh didapati jika seseorang berminat nak memulakan usahawan agar-agar ni... kiranya from zero..
persoalan yang bermain di kepala
-nampak macam nak dptkan tanah/pantai, mesin dan lain-lain lagi ..
-apakah geran yang disediakan oleh kerajaan?
-berapakah modal yang perlu ada utk seseorang memulakan?
-apakah risiko seperti bencana alam,haiwan perosak, makhluk PHD di sekitarnya?
-apakah bentuk pelan perniagaan yang harus disediakan?
-apakah karenah birokrasi yang perlu dihadapi
-bantuan latihan yang diberikan oleh agensi kerajaan
-dan lain-lain ..
minat sahaja tidak mencukupi jika tidak lepas syarat di atas. Ianya hanya sebahagian dari rencah perniagaan ..