BTC USD 63,419.5 Gold USD 4,331.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia Perlukan 135 Bot Laut Dalam

mat_letop

Permanently Banned - Multiple ID
Messages
6,636
Joined
Mar 30, 2012
Messages
6,636
Reaction score
65
Points
75
Malaysia Perlukan 135 Bot Laut Dalam Untuk Jadi Pusat Pendaratan Ikan Tuna
Diterbitkan: Selasa, 4 Februari 2014 12:00 AM
GEORGE TOWN: Malaysia perlu menghasilkan 135 buah bot laut dalam jika mahu menjadi pusat penyaluran ikan tuna dari Laut India.

Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Ahamad Sabki Mahmood berkata, Malaysia sebenarnya berpotensi untuk menjadi pengeluar dan pengedar ikan tuna utama dunia kerana kedudukannya yang berhampiran dengan Laut India.

"Dari kalangan negara Asia Tenggara, kita yang paling berpotensi untuk menjadi pelabuhan ikan tuna antarabangsa memandangkan kedudukan pelabuhan kita khususnya Pulau Pinang yang berhampiran dengan Laut India yang merupakan tempat pembiakan utama ikan tuna dunia.

Ahamad berkata, matlamat ini boleh dicapai dengan mengadakan kerjasama dengan negara-negara yang telah berpengalaman dalam menangkap ikan tuna.

"Setakat ini Malaysia cuma memiliki lima buah bot laut dalam yang menerokai Laut India dan jika kita benar-benar mahu menjadi peneroka dalam industri ikan tuna ini kita memerlukan sekurang-kurangnya 135 buah bot dalam lagi.

“Ini adalah satu industri yang sangat lumayan kerana permintaan ikan tuna yang tinggi di seluruh dunia tetapi pada masa yang sama kita juga perlu melihat kembali pendekatan kita yang mungkin salah dan perlu mempelajari dari perspektif yang berbeza," ujarnya.

Beliau menyeru lebih banyak syarikat swasta tampil meneroka potensi industri ikan tuna yang lumayan ini.

Ahamad berkata demikian selepas melancarkan seminar industri penangkapan ikan tuna dan pelan pembangunan strategik industri ikan tuna 2012-2020 di Institut Kajian Jabatan Perikanan Malaysia di Batu Maung dekat sini.

Tahun lalu sahaja Malaysia mencatatkan rekod penangkapan sehingga 7,000 tan metrik ikan tuna dan kesemuanya dieksport ke Jepun, Eropah, Timur Tengah dan Taiwan.
 
Berapa modal nak start beli kapal laut dlm ni. Aku servey harga semua main juta2 je. . Boleh kredit ke pembeliam? Kalau dekat kelantan depaa pajak dgn nelayan thai
 
Back
Top
Log in Register