BTC USD 47,975.9 Gold USD 1,754.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ternak Ikan Laut

dukejebat

Freshie
Joined
Oct 19, 2012
Messages
17
Reaction score
6
Points
8
Salam Ahli CG,

Minta pendapat sikit kat mana kita boleh dapat info-info pasal business ternak ikan laut? Contohnya macam teknologi terkini, kursus, geran/pinjaman dan prospek perniagaan?

Macam kurang jer info pasal biz nie di Malaysia. Memang tak ramai orang buat ker especially yang guna high tech untuk ternak ikan?

Pohon nasihat dan bantuan rakan-rakan CG.
 
Sponsored Post

MatDev

Fun Poster
Joined
Nov 9, 2016
Messages
347
Reaction score
76
Points
30
rotate.jpg


sinar harian sabtu 11 januari 2020. sisipan cetusan

teknologi terkini seperti mention dalam paper:

1) Lighting-up Dark Fishing Fleets
2) Satellite and ship based automated identification systems (AIS)
3) Visible Infrared Imaging Radiometer Suite (VIIRS)
 

dukejebat

Freshie
Joined
Oct 19, 2012
Messages
17
Reaction score
6
Points
8
Tq atas info bro. Tapi ini teknologi untuk tangkapan ikan, apa yang saya maksudkan teknologi ternakan ikan laut samada diternak di darat, di sangkar pesisir pantai atau di laut dalam terus.

Contohnya macam teknoologi Aquapods oleh Innovasea nie:

mff-pic.jpg


Rasa teringin jugak nak libatkan diri dalam industri macam nie tapi masih x cukup ilmu lagi :).
 

MatDev

Fun Poster
Joined
Nov 9, 2016
Messages
347
Reaction score
76
Points
30
Tq atas info bro. Tapi ini teknologi untuk tangkapan ikan, apa yang saya maksudkan teknologi ternakan ikan laut samada diternak di darat, di sangkar pesisir pantai atau di laut dalam terus.

Contohnya macam teknoologi Aquapods oleh Innovasea nie:

mff-pic.jpg


Rasa teringin jugak nak libatkan diri dalam industri macam nie tapi masih x cukup ilmu lagi :).


kalau ternak ikan laut dalam macam menarik.. jarang bunyi

semoga selamat maju jaya bro :)cgrock
 

satsepit

Active+ Member
Joined
Dec 29, 2007
Messages
3,902
Reaction score
273
Points
51
tak ada ilmu bab ni.
cuma nak bg tahu, buat lah kajian sendiri. bila dengar cakap org
semua bagus, indah kabar dari rupa. takde sikit pun masalah, yg dipamer keuntungan.

masa pegi kursus nanti , antara soalan2 yg ko patut tanya
1. berapa kos / harga makanan ikan sekilo
2. berapa kos dedak/makanan yg perlu keluar untuk hasilkan 1kilo berat ikan & berapa lama tempoh

dari situ ko boleh kira berapa kos , berapa modal & hasil berapa
start dari benih ikan,kos makanan, ubatan & harga jualan pd peraih ( bukan harga atas pasar,)

lain2 kos makan masa untuk cover balik, spt sangkar, pam, bot, saliran, permit, lanun, pihak berkuasa, lesen pukat, pagar & lain2
 

yongyap

Active+ Member
Joined
Nov 4, 2009
Messages
3,399
Reaction score
211
Points
33
SISTEM OCEANTRONIC
'Sistem Oceantronic' merupakan satu kaedah pemeliharaan ikan di dalam kanvas dan pengurusan proses pengaliran, pengairan, pengudaraan dan penapisan yang sistematik.Ikan air masin berpotensi untuk dipelihara serta mempunyai harga pasaran dan permintaan yang tinggi. Selain itu, ikan peliharaan oceantronic ini lebih organic kerana tidak terdedah kepada bahan kimia yang selalu digunakan oleh penternak melalui ubat-ubatan.Sistem Oceantronic didatangkan dalam 3 model iaitu :








  • Model Flat ( F1K1S)





  • Model Vee (V1K1S)




  • Model 3 (F3K1S)


  • Sistem Oceantronic dibekalkan dengan sistem pengurusan bersepadu seperti berikut :
  1. Pump
  2. Waste Trap
  3. Zeo Filter 1
  4. Zeo Filter 2
  5. UV Filter
  6. Biological Filter





Model Sistem Oceantronic :

  • Model Flat ( F1K1S) termasuk :
  1. 1 unit kolam
  2. 1 unit sistem oceantronic
  3. 1 set piping
  4. Pemasangan & Pengangkutan
  • Model Vee ( V1K1S) termasuk :
  1. 1 unit kolam
  2. 1 unit sistem oceantronic
  3. 1 set piping
  4. Pemasangan & Pengangkutan
  • Model 3 ( F3K1S) termasuk :
  1. 3 unit kolam
  2. 1 unit sistem oceantronic
  3. 1 set piping
  4. Pemasangan & Pengangkutan

SPESIFIKASI IKAN







  1. Bilangan ikan: 1500 ekor per kolam. Ikan-ikan perlu diasingkan mengikut gred selepas 3 bulan.
  2. Harga benih :RM 1.80 seekor (min 3000 ekor) caj pengangkutan dikenakan untuk pesanan kurang dari 3000 ekor
  3. Saiz untuk jualan :(500gm-700gm) Harga pasaran mencecah RM 15.00/kg
  4. Tempoh tumbesaran :(5-6 bulan) saiz sesuai untuk pasaran.
  5. Jenis makanan :pallet ikan + ikan baja
  6. Kekerapan makan : FCR (1 : 1.2)
  7. Harga makanan ikan :RM 2.60 / kg
SPESIFIKASI AIR KOLAM







  1. Jumlah air :5000 gallon per kolam
  2. Jumlah garam :RM 1000.00 per kolam untuk 6 bulan
  3. Kekerapan tukaran air & garam :Tukar setiap kali selepas harvest
  4. Kos bekalan elektrik :RM 20.00 sebulan
  5. Khidmat rundingan & latihan :RM 5000.00 bagi satu kawasan untuk bulan pertama. Untuk bulan seterusnya dikendalikan oleh pengusaha sendiri.
AKSESORI TAMBAHAN







  1. Backup Oxygen Pump :-Berfungsi secara automatik apabila bekalan elektrik terputus -RM 850.00
  2. Bumbung (Nylon) :-Berfungsi untuk meminimakan sinaran matahari dan menghalang kemasukan air hujan. -RM1,500.00
  3. Fish Feeder :-Berfungsi untuk memberi makanan kepada ikan secara automatik. -Kapasiti : anggaran 10kg / isian
  4. Garam Mineral 20kg :-RM 200.00
  5. Pakar Rujuk 30 hari :RM 5,000.00 termasuk : -Alat ujian air -Penjagaan air -Penilaian terhadap ikan -Ubat ikan Kolam


 

satsepit

Active+ Member
Joined
Dec 29, 2007
Messages
3,902
Reaction score
273
Points
51
Harga pasaran rm15sekilo tu, harga pasar jual.
Bukan harga penternak jual kpd peniaga dalam pasar.

Harga makanan rm2.60 sekilo.

Amat tak berbaloi tu, tak dapat untung pun.

Untuk dapat berat 700gram dalam tempoh 6bulan ternak. Banyak kilo juga tu perlu bg makan.
Katakan 2.5kilo untuk capai berat 700gram dalam 6bulan... aku rasa lebih.

Rm2.60x2.5kilo =rm6.50 + 1.80benih = rm8.30

700g x rm12(katakan harga peraih)
=rm8.40

Haha
Untung 10sen sekor ikan
 
Last edited:

fredo

Super Active Member
Joined
Nov 17, 2007
Messages
5,436
Reaction score
107
Points
83
memang tak baloi tapi eksport negara jiran atau luar boleh tahan kot
 

dukejebat

Freshie
Joined
Oct 19, 2012
Messages
17
Reaction score
6
Points
8
tak ada ilmu bab ni.
cuma nak bg tahu, buat lah kajian sendiri. bila dengar cakap org
semua bagus, indah kabar dari rupa. takde sikit pun masalah, yg dipamer keuntungan.

masa pegi kursus nanti , antara soalan2 yg ko patut tanya
1. berapa kos / harga makanan ikan sekilo
2. berapa kos dedak/makanan yg perlu keluar untuk hasilkan 1kilo berat ikan & berapa lama tempoh

dari situ ko boleh kira berapa kos , berapa modal & hasil berapa
start dari benih ikan,kos makanan, ubatan & harga jualan pd peraih ( bukan harga atas pasar,)

lain2 kos makan masa untuk cover balik, spt sangkar, pam, bot, saliran, permit, lanun, pihak berkuasa, lesen pukat, pagar & lain2

Tq bro. Memang dah plan dah nak tanya soalan-soalan camtu. Play safe kata.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register