BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ternak Ikan Laut

SISTEM OCEANTRONIC
'Sistem Oceantronic' merupakan satu kaedah pemeliharaan ikan di dalam kanvas dan pengurusan proses pengaliran, pengairan, pengudaraan dan penapisan yang sistematik.Ikan air masin berpotensi untuk dipelihara serta mempunyai harga pasaran dan permintaan yang tinggi. Selain itu, ikan peliharaan oceantronic ini lebih organic kerana tidak terdedah kepada bahan kimia yang selalu digunakan oleh penternak melalui ubat-ubatan.Sistem Oceantronic didatangkan dalam 3 model iaitu :

  • Model Flat ( F1K1S)

  • Model Vee (V1K1S)

  • Model 3 (F3K1S)

  • Sistem Oceantronic dibekalkan dengan sistem pengurusan bersepadu seperti berikut :
  1. Pump
  2. Waste Trap
  3. Zeo Filter 1
  4. Zeo Filter 2
  5. UV Filter
  6. Biological Filter

Model Sistem Oceantronic :

  • Model Flat ( F1K1S) termasuk :
  1. 1 unit kolam
  2. 1 unit sistem oceantronic
  3. 1 set piping
  4. Pemasangan & Pengangkutan
  • Model Vee ( V1K1S) termasuk :
  1. 1 unit kolam
  2. 1 unit sistem oceantronic
  3. 1 set piping
  4. Pemasangan & Pengangkutan
  • Model 3 ( F3K1S) termasuk :
  1. 3 unit kolam
  2. 1 unit sistem oceantronic
  3. 1 set piping
  4. Pemasangan & Pengangkutan

SPESIFIKASI IKAN

  1. Bilangan ikan: 1500 ekor per kolam. Ikan-ikan perlu diasingkan mengikut gred selepas 3 bulan.
  2. Harga benih :RM 1.80 seekor (min 3000 ekor) caj pengangkutan dikenakan untuk pesanan kurang dari 3000 ekor
  3. Saiz untuk jualan :(500gm-700gm) Harga pasaran mencecah RM 15.00/kg
  4. Tempoh tumbesaran :(5-6 bulan) saiz sesuai untuk pasaran.
  5. Jenis makanan :pallet ikan + ikan baja
  6. Kekerapan makan : FCR (1 : 1.2)
  7. Harga makanan ikan :RM 2.60 / kg
SPESIFIKASI AIR KOLAM

  1. Jumlah air :5000 gallon per kolam
  2. Jumlah garam :RM 1000.00 per kolam untuk 6 bulan
  3. Kekerapan tukaran air & garam :Tukar setiap kali selepas harvest
  4. Kos bekalan elektrik :RM 20.00 sebulan
  5. Khidmat rundingan & latihan :RM 5000.00 bagi satu kawasan untuk bulan pertama. Untuk bulan seterusnya dikendalikan oleh pengusaha sendiri.
AKSESORI TAMBAHAN

  1. Backup Oxygen Pump :-Berfungsi secara automatik apabila bekalan elektrik terputus -RM 850.00
  2. Bumbung (Nylon) :-Berfungsi untuk meminimakan sinaran matahari dan menghalang kemasukan air hujan. -RM1,500.00
  3. Fish Feeder :-Berfungsi untuk memberi makanan kepada ikan secara automatik. -Kapasiti : anggaran 10kg / isian
  4. Garam Mineral 20kg :-RM 200.00
  5. Pakar Rujuk 30 hari :RM 5,000.00 termasuk : -Alat ujian air -Penjagaan air -Penilaian terhadap ikan -Ubat ikan Kolam

Salam Bro, sistem Oceantronic nie macam RAS jugak ker? Boleh kita kita apply vertical farming pada sistem nie?

Anyway, ini info paling terbaik saya dapat di CG. Terima kasih banyak2 bro.
 
pandangan kawe sebagai kaki pancing... selagi ada geng pukat jerut...yg x reti bahasa nih....
toksah laa nak wat pojek gini.. geng2 diaorg main langgar jaaa
 
Salam Bro, sistem Oceantronic nie macam RAS jugak ker? Boleh kita kita apply vertical farming pada sistem nie?

Anyway, ini info paling terbaik saya dapat di CG. Terima kasih banyak2 bro.
vertical farming tak perlu cam tu sgt tuan...untuk vertical farming skala kecil... boleh buat sendiri vertical host dia tu. kat utube ada byk tunjuk. kalo hidroponic...cuma dpt satu hasil je la tuan. kalo aquaponic... dapat dua hasil.. tapi yang lecehnya kat filter dia tu... nak kena jaga... advantage dia.. tak perlu nak letak baja dh. guna baja dari hasil buangan ikan peliharaan.
 
Kebanyakkan kat youtube tu hanya tunjuk air tawar, untuk air masin nie saya x nampak lagi apa tanaman yang sesuai untuk dikomersilkan.
 
Kebanyakkan kat youtube tu hanya tunjuk air tawar, untuk air masin nie saya x nampak lagi apa tanaman yang sesuai untuk dikomersilkan.
err... tak pernah pulak orang tanam sayur guna air masin.
 
err... tak pernah pulak orang tanam sayur guna air masin.

Bukan tu maksud saya. Maksud saya penggunaan sisa-sisa ikan (macam tahi or bangkai) untuk dijadikan baja. Yang biasa ada sisa-sisa dari hidupan air tawar.

Sebab tu saya tertanya2 sisa-sisa hidupan laut nie sesuai atau tidak untuk dijadikan baja.

Vertical farming memang mostly applicable untuk ternak ikan air tawar, saya nak cari kemungkinan untuk apply kepada ternakan ikan laut.
 
terbaik tuan.. ambe doakan tuan berjaya
 
Salam Bro, sistem Oceantronic nie macam RAS jugak ker? Boleh kita kita apply vertical farming pada sistem nie?

Anyway, ini info paling terbaik saya dapat di CG. Terima kasih banyak2 bro.

walaikumsalam tn, sy just copy dr blog jer tn..pernah sy nengok pasal oceantronic ni kat channel 10 tahun lepas tu ingat sampai sekrng oceantronic try google ada content dan share kat sini
 
Bukan tu maksud saya. Maksud saya penggunaan sisa-sisa ikan (macam tahi or bangkai) untuk dijadikan baja. Yang biasa ada sisa-sisa dari hidupan air tawar.

Sebab tu saya tertanya2 sisa-sisa hidupan laut nie sesuai atau tidak untuk dijadikan baja.

Vertical farming memang mostly applicable untuk ternak ikan air tawar, saya nak cari kemungkinan untuk apply kepada ternakan ikan laut.

nak tapis sisa buangan dalam laut rasanya tak berbaloi.

kalau nak untung kena cari jalan untuk jimatkan kos.
kos dedak/ makanan rm2.60 sekilo baik awal2 batalkan niat ni.

yg aku nampak utk jimatkan kos, baja @ sisa buangan tu boleh proses bg anak ikan makan.
@ boleh juga bagi makanan kat anak ikan supaya datang ke kolam kita.
nanti ikan yg bela makan anak ikan tu sbg makanan utama & tidak bergantung pada dedak
 
Harga pasaran rm15sekilo tu, harga pasar jual.
Bukan harga penternak jual kpd peniaga dalam pasar.

Harga makanan rm2.60 sekilo.

Amat tak berbaloi tu, tak dapat untung pun.

Untuk dapat berat 700gram dalam tempoh 6bulan ternak. Banyak kilo juga tu perlu bg makan.
Katakan 2.5kilo untuk capai berat 700gram dalam 6bulan... aku rasa lebih.

Rm2.60x2.5kilo =rm6.50 + 1.80benih = rm8.30

700g x rm12(katakan harga peraih)
=rm8.40

Haha
Untung 10sen sekor ikan

RM12.00 untuk harga peraih tu mungkin rendah sangat tu bro.

Contoh kalo kita ternak kerapu, harga peraih dalam RM20. Tapi rasanya zaman sekarang nie x perlu berharap kat peraih dah. Kita boleh jual direct ke konsumer. Lagi senang, lagi mudah. Lagi untung. Harga pasaran kerapu skarang dalam RM30.00 sekilo.

Dan diet ikan rasanya boleh tukar dari pallet/dedak ke ikan baja. Ikan baja sekilo boleh dapat dalam RM1.50-2.00. Tengok tempat.

Biz nie memang high risk tapi bila memandangkan bekalan ikan laut (ikan liar) makin hari makin susut, ada baiknya kita kene start inisiatif camnie.
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register