BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ILPW perkukuh Perancangan Legasi Islam menerusi teknologi, rangkaian duta dan program masyarakat

adi19

Fun Poster
Messages
766
Joined
Oct 30, 2013
Messages
766
Reaction score
3
Points
25

ILPW perkukuh Perancangan Legasi Islam menerusi teknologi, rangkaian duta dan program masyarakat​

759824183_1463749535798000_2332985420712975877_n.jpg

(Gambar: Facebook/MUIS)

SINGAPURA: Perancangan legasi akan dibuat lebih mudah diakses oleh setiap keluarga Islam melalui platform dan sumber online.

Selain itu, rangkaian duta serta rakan penyedia perkhidmatan yang berkemahiran juga akan dibina, di samping usaha mendekatkan lagi Perancangan Legasi Islam kepada masyarakat di kawasan kejiranan.

IKLAN

Ketiga-tiga itu menjadi matlamat utama Kumpulan Kerja Perancangan Legasi Islam (ILPW) bagi penggal kedua.

Perkembangan itu dikongsi Menteri Negara Ehwal Luar merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim, yang juga pengerusi ILPW, semasa majlis pelantikan semula kumpulan kerja itu buat penggal kedua pada Selasa (28 Jul).

Majlis itu dihadiri Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Zaqy Mohamad, serta Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), Kadir Maideen.
(Gambar: Facebook/MUIS)
TIGA MATLAMAT UTAMA ILPW KUKUHKAN PERANCANGAN LEGASI ISLAM

Encik Zhulkarnain berkata bahawa matlamat-matlamat itu ditetapkan seiring dengan keperluan untuk memperkasa lebih ramai anggota masyarakat untuk mengambil langkah dalam Perancangan Legasi Islam , lebih daripada sekadar menyediakan maklumat.

Bagi memastikan Perancangan Legasi Islam lebih mudah diakses, Encik Zhulkarnain berkata bahawa teknologi digital perlu dimanfaatkan.

IKLAN

Beliau berkata: "Sama ada menerusi platform digital, sumber online atau pelbagai alat yang membolehkan keluarga mengambil langkah bermakna dari keselesaan rumah mereka sendiri. Kami mahu Perancangan Legasi Islam dapat diakses oleh semua, bukan hanya mereka yang dapat menghadiri acara atau mendapatkan khidmat konsultasi secara bersemuka."

Berkenaan langkah membawa usaha itu lebih dekat kepada masyarakat, Encik Zhulkarnain berkata: "Usaha ini sedang dipergiat bagi mengukuhkan kerjasama masyarakat dan memperluas penglibatan bersama masyarakat, supaya lebih ramai individu dapat memperoleh bimbingan yang diperlukan untuk merancang legasi mereka dengan lebih yakin," tambah beliau.
(Gambar: Facebook/MUIS)
Encik Zhulkarnain juga berbesar hati dengan sekitar 425 asatizah yang telah menyatakan minat untuk menyertai program latihan berstruktur ILP Masterclass.

Program tersebut bertujuan membina rangkaian duta serta rakan penyedia perkhidmatan Perancangan Legasi Islam (ILP) yang berkemahiran, menurut beliau.

"Ini supaya lebih ramai anggota masyarakat dapat memperoleh bimbingan yang diyakini menerusi rangkaian rakan kerjasama dan pihak berkepentingan yang lebih luas."

"Sambutan yang menggalakkan ini mencerminkan komitmen bersama golongan asatizah untuk memperkukuh sokongan kepada masyarakat dalam Perancangan Legasi Islam. Saya juga berharap lebih ramai golongan profesional akan turut serta," ujar Encik Zhulkarnain.
(Gambar: Facebook/MUIS)
PERANCANGAN LEGASI ISLAM BANTU MASYARAKAT TUNAIKAN AMANAH

IKLAN

Dalam ucapannya, Encik Zhulkarnain menegaskan bahawa perancangan legasi Islam bukan sekadar melibatkan urusan dokumentasi atau proses perundangan.

"Perancangan Legasi Islam bukan sekadar mengenai dokumen atau proses undang-undang. Ia adalah tentang membantu masyarakat Islam menunaikan amanah mereka, malah amanah terakhir mereka, dan memberikan keyakinan yang lebih tinggi kepada mereka dalam merancang masa depan," jelasnya.

Tambahnya lagi, sejak dua tahun lalu, ILPW telah meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan perancangan legasi menerusi pelbagai ceramah, dialog, sesi konsultasi dan webinar.
 
(Gambar: Facebook/MUIS)
Salah satu pencapaian utama ialah penerbitan buku panduan 'The Final Amanah', yang disifatkan sebagai panduan pertama seumpamanya diterbitkan MUIS dengan kerjasama golongan profesional.

Encik Zhulkarnain berkata: "Buku panduan ini merupakan hasil gabungan kepakaran, penelitian dan dedikasi semua yang terlibat. Alhamdulillah, sehingga kini lebih 15,000 orang telah mengakses buku panduan tersebut, sekali gus mencerminkan minat yang tinggi dalam kalangan masyarakat Islam terhadap Perancangan Legasi Islam."


IKLAN
Kesemua anggota ILPW bagi penggal pertama dilantik semula untuk penggal kedua, kecuali Profesor Tang Hang Wu.

Profesor Tang memutuskan untuk tidak meneruskan khidmatnya bagi memberi tumpuan kepada komitmen profesional yang lain.

 
Back
Top
Log in Register