BTC USD 76,511.4 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Iktiraf Perkukuh Budaya Zakat Perniagaan, Tingkat Keyakinan Masyarakat - Exco

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80

Iktiraf Perkukuh Budaya Zakat Perniagaan, Tingkat Keyakinan Masyarakat - Exco​

924151bf27b29cd6b442ceee433126fb69ee365831b8c

Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Negeri Selangor Dr Mohammad Fahmi Ngah

Kerajaan Selangor percaya Pengiktirafan Muzakki Zakat Selangor (IKTIRAF) mampu meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap syarikat yang komited menunaikan zakat, selain memperkukuh budaya pembayaran zakat perniagaan dalam kalangan organisasi.

Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor Dr Mohammad Fahmi Ngah berkata pengiktirafan itu juga, membantu memperkukuh pembangunan sosioekonomi ummah menerusi agihan zakat kepada sektor pendidikan, kesihatan, pembangunan ekonomi, keusahawanan, latihan kemahiran dan pemerkasaan asnaf.

“Matlamat akhirnya bukan sekadar membantu golongan yang memerlukan, tetapi membina ekosistem yang membolehkan lebih ramai asnaf keluar daripada kemiskinan, berdikari dan akhirnya menjadi pembayar zakat. Itulah kitaran pembangunan ekonomi ummah yang ingin diperkukuh oleh kerajaan negeri,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata pada peringkat awal, IKTIRAF menyasarkan kira-kira 1,000 syarikat yang memenuhi kriteria kelayakan, sebelum diperluas kepada sekitar 7,000 syarikat pembayar zakat perniagaan di Selangor.

Selasa lepas, Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) melancarkan IKTIRAF, iaitu pensijilan rasmi pertama seumpamanya di Malaysia bagi mengiktiraf syarikat dan organisasi yang menunaikan zakat perniagaan secara konsisten.

Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Selangor Mohd Khaidzir Shahari berkata inisiatif itu, bertujuan meningkatkan kesedaran syarikat untuk menunaikan zakat perniagaan, sekali gus menggalakkan lebih banyak entiti korporat menjadikan rukun Islam ketiga itu sebagai sebahagian daripada budaya tadbir urus dan tanggungjawab sosial.

Beliau berkata syarikat yang layak akan menerima e-Sijil dan e-Label berserta nombor siri unik yang boleh dipaparkan pada produk, premis dan bahan promosi, manakala orang ramai boleh mengesahkan status pengiktirafan syarikat melalui kod QR yang disediakan.

Sementara itu, Ketua Strategi dan Risiko Azman Hashim International Business School, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Razli Ramli berkata IKTIRAF, berpotensi menjadi penanda aras kepada syarikat tempatan dan antarabangsa yang beroperasi di Malaysia.

Beliau berkata pengiktirafan itu bukan sahaja memberi nilai tambah kepada jenama syarikat, malah mampu meningkatkan kepercayaan pengguna terhadap organisasi yang melaksanakan tanggungjawab sosial dan agama.

 
Back
Top
Log in Register