kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,711
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,711
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Gambar fail
Pengenalan Elaun Pasca Cuti Bersalin (EPCB) bukan sahaja mampu memperkukuh penyertaan wanita dalam tenaga kerja, malah dilihat sebagai wadah sokongan holistik dalam menjamin kesejahteraan ibu berkerjaya yang menempuh fasa transisi kembali ke alam pekerjaan.
Presiden Persatuan Wanita Inspirasi Negara (WIN) Norhimah Aziz berkata penyediaan bantuan 80 peratus daripada gaji bagi tempoh lanjutan cuti bersalin sehingga 30 hari, menjadi "talian hayat" meringankan beban kewangan ditanggung keluarga sekali gus memberi ruang pemulihan fizikal dan emosi secukupnya.
“Inisiatif itu memberikan keyakinan kepada wanita untuk terus menyumbang kepada produktiviti negara tanpa perlu mengabaikan tanggungjawab keluarga, khususnya dalam mendepani tekanan ekonomi yang semakin mencabar.
“Secara umum, kami sangat positif dan menyambut baik inisiatif ini. Ia dilihat sebagai langkah progresif tepat pada masanya, walaupun kami berharap pelaksanaannya lebih inklusif dan disertai dengan sokongan yang lebih menyeluruh,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Berhubung impak jangka panjang, Norhimah berkata langkah itu berpotensi mengurangkan statistik wanita yang terpaksa meninggalkan pasaran buruh selepas bersalin, yang boleh menjadi pemangkin kepada pengekalan bakat wanita dalam tenaga kerja negara.
Bagaimanapun, beliau berpandangan impak maksimum hanya akan tercapai sekiranya ia diiringi dengan dasar sokongan lain yang lebih komprehensif.
“Berdasarkan pengalaman kami berinteraksi dengan golongan ibu, cabaran utama yang masih dihadapi selepas bersalin ialah kos penjagaan anak yang tinggi dan kekurangan pilihan taska yang berkualiti selain beban kewangan jangka panjang,” katanya.
Justeru, Norhimah mencadangkan agar kerajaan juga mempertimbangkan penambahbaikan lebih menyeluruh bagi mewujudkan ekosistem kerja mesra keluarga termasuk cuti paterniti, peluasan subsidi taska dan kemudahan penyusuan di tempat kerja bagi menyokong transisi ibu kembali bertugas.
EPCB Tingkat Keyakinan Wanita Kembali Bekerja, Perkukuh Penyertaan tenaga Kerja
EPCB, PERKESO, cuti, bersalin, ibu, wanita, kerjay