BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ibu Kandung, Bapa Tiri Antara Empat Sekeluarga Didakwa Bunuh Kanak-kanak Lapan Tahun

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146
74503ec3e83161d9083f9b8e5cc7a1c369cf500e549b3


Empat sekeluarga termasuk ibu kandung didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun sembilan bulan, minggu lepas.

M. Savathri, 28, bersama suaminya yang juga bapa tiri mangsa, M. Satis Kumar, 27, serta nenek tiri mangsa, S.C Veeraletchumy, 53, dan datuk tiri mangsa, M. Murali, 49, masing-masing mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret R. Prabakaran.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh kerana kes bunuh adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian ke atas seorang kanak-kanak dikenali sebagai Thanavitha, di sebuah rumah di Taman Sungai Mas, di daerah Larut Matang dan Selama pada pagi, 26 Mac lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun, dan jika tidak dihukum mati hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Farihah Adilah Faizal, manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam, sementara keluarga mangsa diwakili peguam pemerhati M. Dinesh, G. Devaneson dan Low Tze Ken.

Ahli keluarga mangsa yang menjaga kanak-kanak itu sejak berumur enam bulan sebelum diserahkan kepada ibu kandungnya dilihat hadir ke mahkamah bagi memantau kes tersebut.

Mahkamah menetapkan 15 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi menunggu laporan asid deoksiribonukleik (DNA), forensik dan bedah siasat.

Pada 28 Mac lepas, media melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun sembilan bulan meninggal dunia dengan beberapa kesan kecederaan mencurigakan pada badannya, dipercayai menjadi mangsa penderaan dalam kejadian di Taiping.

 
Back
Top
Log in Register