BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ibu Bapa, Jurulatih Jangan Pandang Ringan Sakit Lutut Remaja

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,139
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,139
Reaction score
346
Points
141

Ibu Bapa, Jurulatih Jangan Pandang Ringan Sakit Lutut Remaja​

d3fbac61fb880ede66516b2f9c72658d6a914bab1bbf4

9d1a05511a7750063110da87f59112496a914be875d69

08446f63d625da0f5f44efc54ef3dbf96a914c1848190

7b55d80e1b505825e73705606b7efafa6a914c2c1d1b0

Kredit: Sunway Medical Centre

Ibu bapa dan jurulatih sukan dinasihatkan supaya tidak menganggap sakit lutut berterusan dalam kalangan remaja sebagai kecederaan sukan biasa atau growing pains kerana ia mungkin merupakan tanda awal osteosarkoma, iaitu kanser tulang yang agresif.

Osteosarkoma merupakan kanser tulang yang kerap menyerang kanak-kanak dan remaja, dengan kira-kira 75 peratus kes berlaku sebelum pesakit mencapai usia 25 tahun dan kadar insiden sebanyak 4.4 kes bagi setiap sejuta orang setahun.

Pakar Bedah Onkologi Ortopedik di Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway Dr Tie Teck Liang berkata osteosarkoma lazimnya berkembang di sekitar kawasan lutut, menyebabkan simptomnya mudah disalah anggap sebagai kecederaan akibat aktiviti fizikal, seterusnya menyumbang kepada kelewatan diagnosis.

“Biasanya, sakit akibat kecederaan sukan akan berkurangan dengan rehat dan ubat tahan sakit. Namun, jika sakit berterusan lebih dua minggu, kekal teruk atau ubat tahan sakit tidak lagi berkesan, perlu segera mendapatkan pemeriksaan doktor,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata corak kesakitan lebih penting untuk diberi perhatian berbanding tahap kesakitan semata-mata, terutama apabila kesakitan menyebabkan anak terjaga daripada tidur pada waktu malam, selain terdapat benjolan, kaki bengkak atau anak mula berjalan terincut-incut tanpa punca yang jelas.

Mengulas mengenai kesukaran mengenal pasti osteosarkoma pada peringkat awal, Dr Tie berkata berbeza dengan kecederaan tisu biasa, tumor kanser boleh membesar dengan cepat dalam tubuh kanak-kanak serta melibatkan saraf dan saluran darah berdekatan, sekali gus menjadikan rawatan lebih kompleks.

“X-ray merupakan langkah pertama yang lazim dalam menilai kesakitan tulang yang berterusan kerana ia boleh mendedahkan perubahan tulang yang tidak normal dan membantu doktor menentukan langkah seterusnya,” katanya.

Beliau berkata sekiranya terdapat perubahan yang mencurigakan pada X-ray, pemeriksaan lanjut seperti pengimejan resonans magnetik (MRI) mungkin diperlukan untuk menentukan saiz tumor serta hubungannya dengan saraf dan saluran darah berhampiran.

Dr Tie turut mengingatkan bahawa biopsi atau pengambilan sampel tisu perlu dirancang dengan teliti dan sebaiknya dilakukan oleh pakar bedah yang akan mengendalikan pembedahan muktamad pesakit bagi mengurangkan risiko pencemaran tisu.

 
Back
Top
Log in Register