BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Seru Ibu Bapa Pantau Anak, Ramai Penunggang Diperiksa Remaja

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80
a79aafdbb437916096a7ddaafd69772269acd30c55838

Anggota polis trafik melakukan pemeriksaan terhadap penunggang motosikal dalam satu operasi penguatkuasaan lalu lintas bersepadu yang dijalankan di sekitar Jalan Semarak awal pagi tadi.

Operasi tersebut dijalankan dalam dua fasa bermula 8 malam hingga 5 pagi itu bertumpu di Jalan Pahang, Jalan Genting Klang dan Jalan Semarak.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Polis menyeru ibu bapa agar memantau pergerakan anak-anak mereka pada waktu malam selepas mendapati kebanyakan penunggang motosikal yang diperiksa dalam operasi penguatkuasaan lalu lintas di sekitar ibu negara awal pagi ini terdiri daripada golongan remaja.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Supt Suffian Abdullah berkata penunggang berusia antara 15 hingga 21 tahun dikenal pasti sebagai kumpulan terbesar yang diperiksa dalam operasi bersepadu yang dijalankan dari 8 malam hingga 5 pagi itu.

Beliau berkata dalam operasi di Jalan Pahang, Jalan Genting Kelang dan Jalan Semarak itu, kira-kira 2,000 kenderaan telah diperiksa dengan sebanyak 797 saman dikeluarkan.

“Sebanyak 80 motosikal turut disita kerana disyaki terlibat dalam kesalahan ubah suai serta tidak menepati spesifikasi yang ditetapkan,” katanya kepada pemberita di sini awal pagi ini.

Suffian berkata seorang remaja lelaki berusia 19 tahun turut ditahan kerana kesalahan nombor pendaftaran motosikal tidak mengikut spesifikasi manakala seorang lagi penunggang melarikan diri dengan meninggalkan motosikal yang diubah suai secara ekstrem.

Beliau berkata terdapat juga kes remaja yang memberi alasan kepada ibu bapa untuk keluar bersahur sedangkan mereka sebenarnya terlibat dalam kegiatan samseng jalanan.

“Kita menyeru ibu bapa atau penjaga supaya memberi perhatian kepada anak-anak mereka ini kerana ada yang memberi alasan kurang wajar untuk keluar rumah,” katanya.

 
Beli moto utk pegi sekolah...
Tp gune utk merempit...
Bile kene tangkap salah polis, salah kerajaan...
Tak pantau anak tak salah...
Biase la remaje... 🤣
 
Back
Top
Log in Register