combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,137
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,137
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
KUALA LUMPUR, 25 Mac -- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucaptama pada Sambutan Peringatan Hari Polis ke- 219 tahun 2026 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) hari ini.
-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
KUALA LUMPUR, March 25 â Prime Minister, Datuk Seri Anwar Ibrahim, delivers his keynote address at the 219th Police Day Commemoration 2026 at the Police Training Centre (PULAPOL) today.
-- fotoBERNAMA (2026) COPYRIGHT RESERVED
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengingatkan semua pihak tidak memandang ringan soal keselamatan negara susulan ketegangan global yang semakin memuncak dan konflik berterusan di Asia Barat.
Perdana Menteri berkata semua agensi penguatkuasaan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu sentiasa berwaspada dengan tempias konflik di Asia Barat, dan tidak leka dengan keamanan domestik.
Beliau berkata tanda-tanda keterdesakan mula muncul pada pelbagai peringkat global, oleh itu PDRM perlu meningkatkan tahap kewaspadaan serta kesiapsiagaan yang lebih tinggi.
“Dan percayalah, jangan anggap ringan dan enteng isu keselamatan negara.
"Kesalahan paling besar sesebuah negara adalah apabila mereka merasa terlalu selesa atau mempunyai 'culture of contentment' (budaya kepuasan) yang menyebabkan mereka cuai dalam faktor menjamin keamanan (walaupun mempunyai) pasukan keselamatan yang ‘luar biasa’.
“Saya minta Ketua Polis Negara untuk memanggil semua pimpinan PDRM bagi meletakkan beberapa strategi baharu untuk memastikan keselamatan kita, dan negara kita terkawal," kata beliau.
Anwar berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Peringatan Hari Polis ke-219 tahun 2026 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah dan Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil serta Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Majlis itu turut dihadiri oleh Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dan timbalannya Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay serta pengarah-pengarah Jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Jangan Pandang Ringan Isu Keselamatan Negara - Anwar
Anwar Ibrahim, keselamatan, PDRM, Asia Barat, konf