BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hukuman Mati Bekas Pekerja Restoran Diganti Penjara 15 Tahun

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,148
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,148
Reaction score
346
Points
141
ad09e8b86e2b2da8f6bee97726b764185e3a411dec1cf


Seorang bekas pekerja restoran hari ini terlepas daripada tali gantung apabila Mahkamah Rayuan di sini menggantikan sabitan terhadapnya bagi kesalahan membunuh dengan menyebabkan kematian.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Azman Abdullah membuat keputusan itu selepas mengetepikan sabitan dan hukuman mati terhadap K. Rovin Joty oleh Mahkamah Tinggi bagi kesalahan membunuh.

Mahkamah kemudian mensabitkan tertuduh dengan kesalahan menyebabkan kematian mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan dan menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun yang berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap, iaitu 19 Feb 2018.

Yang turut bersidang ialah Datuk Hayatul Akmal Abdul Aziz dan Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid.

Pada 23 Sept 2022, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Rovin Joty, 41, bersalah membunuh Gurwinder Singh Gill Amar Singh, 27, dan menjatuhkan hukuman mati ke atasnya.

Tertuduh kemudian membawa kes itu ke Mahkamah Rayuan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Lorong Limau Manis 1, Bangsar Park, Kuala Lumpur pada 2.30 pagi 25 Mei 2008.

Mengikut fakta kes, tertuduh telah keluar dari kenderaannya dan menyerang mangsa dengan sebilah parang.

Mangsa cuba menangkis serangan itu namun tangannya telah terputus.

 
Back
Top
Log in Register