BTC USD 61,682.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hudud Dalam Al Quran

ammal07

Super Active Member
Messages
5,069
Joined
Apr 3, 2008
Messages
5,069
Reaction score
369
Points
81
hudud dalam Al Quran
( tidak ada hukuman rejam sampai mati,
fakta in sangat penting utk di yakini dalam usaha
untuk melaksanakan hukum hudud di Malaysia.
kita tidak mahu ada orang dihukum bukan dgn hukum Allah
hukuman rejam sampai mati sangat kejam dan bertentangan
dgn sifat-sifat Allah yg maha pengampun dan maha penerima taubat.
kalau dah direjam sampai mati, macam mana orang tu nak bertaubat?)
------------------------------
zina

Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji
di antara perempuan-perempuan kamu,
maka carilah empat orang lelaki
di antara kamu yang menjadi saksi
terhadap perbuatan mereka.
Kemudian kalau keterangan-keterangan saksi itu
mengesahkan perbuatan tersebut,
maka kurunglah mereka
dalam rumah hingga mereka sampai ajal matinya,
atau hingga Allah mengadakan untuk mereka jalan keluar.
(An-Nisaa' 4:15)
( hukuman bagi lesbian )

Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina,
hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang
dari keduanya seratus kali sebat;
dan janganlah kamu dipengaruhi
oleh perasaan belas kasihan terhadap
keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah,
jika benar kamu beriman
kepada Allah dan hari akhirat;
dan hendaklah
disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka
itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.
(An-Nuur 24:2)
( hukuman bagi penzina lelaki dan perempuan )

Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina)
kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya,
kemudian mereka tidak membawakan
empat orang saksi, maka sebatlah mereka
delapan puluh kali sebat;
dan janganlah kamu menerima
persaksian mereka itu selama-lamanya;
kerana mereka adalah orang-orang yang fasik; -
(An-Nuur 24:4)
( hukuman bagi yg menuduh zina tanpa saksi )

*** Allah hanya menyatakan;***
* 4 orang saksi lelaki,
* 4 orang saksi,
* keterangan-keterangan saksi itu mengesahkan,
* Tidak ada keperluan yg menyatakan saksi mesti
melihat dgn jelas 'anu' masuk dalam 'ana', seperti
mana yg digubal oleh parti politik,
* Tidak ada keperluan menyatakan saksi mesti seorang islam
* ( yg penting sekali tidak ada hukuman rejam sampai mati )

mencuri

Dan orang lelaki yang mencuri
dan orang perempuan yang mencuri
maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan
dengan sebab apa yang mereka telah usahakan,
(juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah.
Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(Al-Maaidah 5:38)
( hukuman bagi pencuri )


qisas

Wahai orang-orang yang beriman!
Diwajibkan kamu menjalankan hukuman "Qisas"
(balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang
yang mati dibunuh iaitu:
orang merdeka dengan orang merdeka,
dan hamba dengan hamba,
dan perempuan dengan perempuan.
Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan
dari saudaranya (pihak yang terbunuh),
maka hendaklah orang yang mengampunkan itu)
mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa),
dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan
bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya.
Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu
serta suatu rahmat kemudahan.
Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas
(untuk membalas dendam pula) maka baginya
azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
(Al-Baqarah 2:178)

 
tt BUKAN SAJA SESAT, MALAH MENYESATKAN ORANG LAIN PULA.

ikut al quran mana boleh sesat, yg ikut hadis tu yg sesat.


Allah menemplak mereka yg ikut kitab-kitab lain
selain dari al quran,dgn berbagai-bagai pertanyaan.
jelaslah Allah suruh kita ikut al quran sahaja,
tetapi manusia yg suruh ikut al quran dan hadis,
kerana mereka menganggap al quran tidak lengkap.
-----------------------------------

"Patutkah aku hendak mencari hakim
selain dari Allah, padahal Dia lah yang
menurunkan kepada kamu kitab Al-Quran yang
jelas nyata kandungannya satu persatu ?"
6:114

Patutkah mereka (membutakan mata)
tidak mahu memperhatikan alam langit dan bumi
dan segala yang diciptakan oleh Allah,
dan (memikirkan) bahawa harus telah dekat
ajal kebinasaan mereka?

Maka kepada hadis yang mana lagi sesudah
(datangnya Kalamullah Al-Quran)
itu mereka mahu beriman?
(Al-A'raaf 7:185)

( setelah Al Quran lengkap diturunkan, 200 tahun
kemudian baru muncul kitab hadis,
maka, kepada kitab mana lagikah kamu mahu beriman? )

Itulah ayat-ayat penerangan Allah
yang kami bacakan kepadamu (wahai Muhammad)
kerana menegakkan kebenaran;

maka dengan hadis yang manakah lagi
mereka hendak beriman,
sesudah penerangan Allah dan tanda-tanda
kekuasaanNya (mereka tidak mahu memahami dan menelitinya)?
(Al-Jaathiyah 45:6)

Adakah kamu mempunyai sesebuah Kitab
yang kamu baca dan pelajari?
Bahawa di dalam Kitab itu membolehkan
kamu mendapat apa sahaja yang kamu pilih?
68:37-38
 
Bro cuba ikut Quran dan cuba rungkaikan dgn sains...
Kenapa adanya hukuman sebat..?
Bro tahu ada satu cecair apabila bukan muhrim bergaul sehingga ke peringkat zina.
Tahu ke bro hanya hukuman sebat dapat menghapuskan cecair itu?

Jangan tahu duduk pakai kain pelikat tgh korek hidung sambil pikir lepas ni apa thread lagi aku nak wat ekkk...
 
tanpa hadis, daripada mana kita dapat tahu cara mendirikan solat?
quran cuma suruh kita dirikan solat, tapi bagaimana cara mendirikannya, quran x ajar.
 
"ikut al quran mana boleh sesat, yg ikut hadis tu yg sesat"

aik ? Bukan ke Rasul saw kata dia bekalkan 2 bende supaya umat dia tak sesat iaitu Al-Quran dan Al-Hadith ...mcm mana ikut hadis boleh sesat pulak ?
 
mane ilang tun tanah..bukak2 thread pastu ghaib..then bukak yg bru balik..geng pakcu ke?
 
Mintak Mod ambil tindakan segera and close thread seperti ni.

Ni jer yang aku dpt lakukan utk selamatkan akidah umat2 islam yang lain.
 
Back
Top
Log in Register