BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hospital Bandar Enstek Dijangka Mula Operasi 2032 - Dzulkefly

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Hospital Bandar Enstek Dijangka Mula Operasi 2032 - Dzulkefly​

09fa449b03a3292255d69b430cd411d46a689d14948ac

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad melihat pelan serta maklumat cadangan Hospital ketika mengadakan lawatan ke tapak cadangan Hospital Baharu Di Bandar Enstek, Negeri Sembilan hari ini.

Hospital Bandar Enstek yang akan dibina di atas tanah seluas 20.23 hektar di Bandar Baru Enstek di sini dijangka siap sepenuhnya dan mula beroperasi pada 2032, sekali gus meningkatkan kapasiti perkhidmatan kesihatan untuk lebih 700,000 penduduk di Seremban dan kawasan sekitarnya.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata pembinaan hospital pakar utama dengan kapasiti awal 350 katil itu, kini di fasa memuktamadkan perolehan tanah Persekutuan yang ketika ini berada di bawah kegunaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Beliau berkata kerja pembinaan fizikal atau struktur dijangka dapat dimulakan seawal 2028 selepas proses perolehan tanah selesai.

“Peruntukan untuk aktiviti perolehan tanah serta kerja awalan sebanyak RM30 juta telah diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2026 bagi projek yang telah tersenarai di bawah RMK13 (Rancangan Malaysia Ke-13).

“Apabila siap kelak, fasiliti kesihatan ini akan memberi manfaat kepada lebih 700,000 penduduk di Seremban, Nilai, Labu, Lenggeng, Seremban 2, Sendayan dan sekitarnya, sekali gus mengurangkan tekanan melampau terhadap Hospital Tuanku Ja'afar sebagai hospital rujukan utama di negeri ini,” katanya.

Dzulkefly berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan tapak ke lokasi cadangan pembinaan hospital itu hari ini, yang terletak berhampiran Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) di sini.

Beliau berkata kapasiti hospital itu apabila siap kelak juga akan dipertingkatkan secara berfasa hingga mencecah maksimum 500 katil.

Beliau berkata pemilihan Bandar Baru Enstek sebagai lokasi hospital itu dibuat secara strategik memandangkan kawasan itu merupakan nadi koridor Malaysia Vision Valley (MVV), selain memiliki akses rangkaian lebuh raya yang baik.

“Pembinaan hospital baharu di daerah Seremban ini merupakan pelaburan strategik kerajaan untuk memperkukuh sistem kesihatan Negeri Sembilan bagi tempoh 20 hingga 30 tahun akan datang.

 
Back
Top
Log in Register