BTC USD 76,704.6 Gold USD 4,373.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KKM Komited Pastikan Kelangsungan Operasi Klinik Swasta - Dzulkefly

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146

KKM Komited Pastikan Kelangsungan Operasi Klinik Swasta - Dzulkefly​

4ebe5a7b03d54d4c49f47c91c8e2df276a3a1cbad3106

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada Mesyuarat Kedua, Penggal Kelima, Parlimen Ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini.

Kementerian Kesihatan (KKM) komited untuk memastikan kelangsungan operasi klinik swasta menerusi kaedah pengagihan luar (outsourcing) bagi membolehkan ia terus berdaya saing di pasaran.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata langkah intervensi tersebut amat kritikal bagi membina jaringan ekosistem penjagaan kesihatan yang sihat, di samping memelihara kebajikan pengamal perubatan swasta.

“Saya sangat sedar akan perkara ini dan penutupan klinik perubatan am (GP) swasta satu masa dahulu telah saya tangani secara langsung terutamanya semasa COVID-19.

“Kita mahu pastikan mereka bukan sekadar bertahan tetapi mampu berkembang maju serta dapat menyambung operasi perkhidmatan kerana mereka mengisi kelompangan yang ada,” katanya ketika menjawab soalan daripada Dr Halimah Ali (PN-Kapar) pada sesi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Halimah menerusi soalan tambahannya berkata industri penjagaan kesihatan primer swasta ketika ini dilaporkan tertekan berikutan isu penyusutan kemasukan doktor pelatih, dengan 2,034 klinik perubatan swasta dilaporkan telah ditutup sejak 2013.

Bagi memelihara kemampanan operasi, Dzulkefly berkata kerajaan telah mengambil tindakan proaktif dengan menaikkan kadar harga lantai bayaran perkhidmatan bagi pengamal perubatan swasta di bawah perundangan sedia ada kepada RM80 berbanding RM10 sebelum ini.

Terdahulu, ketika menjawab soalan asal Halimah, Dzulkefly berkata rangkaian pengamal GP swasta sebenarnya merupakan tunjang sistem penjagaan primer negara dengan bertindak sebagai benteng barisan hadapan.

“Sistem penjagaan kesihatan primer yang terdiri daripada 2,916 klinik kesihatan KKM dan 10,208 klinik GP swasta sebenarnya merupakan tulang belakang dan tunjang kepada sistem kesihatan primer bersifat asas,” katanya.

Justeru, beliau berkata kolaborasi berstruktur antara sektor awam dan swasta amat kritikal bagi mengimbangi bebanan kesihatan di hospital-hospital kerajaan, khususnya dalam mendepani gelombang penyakit tidak berjangkit (NCD).

 
Back
Top
Log in Register