BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

HKL Nafi Dakwaan Tandas Awam Kotor, Tidak Diselenggara

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

HKL Nafi Dakwaan Tandas Awam Kotor, Tidak Diselenggara​

b82ff93ef4032ed54bbfcaf191d8e4e15e91d8f2e10a7


Pengurusan Hospital Kuala Lumpur (HKL) menafikan dakwaan bahawa tandas awam di hospital itu berada dalam keadaan kotor dan tidak diselenggara dengan baik seperti dipaparkan dalam satu rakaman video yang tular di Facebook, semalam.

Pengarah HKL Datuk Dr Harikrishna K R Nair berkata pengurusan hospital mengambil maklum dakwaan tersebut dan telah menjalankan siasatan lanjut.

“Hasil siasatan dijalankan terhadap semua kemudahan tandas awam di bawah seliaan HKL mendapati lokasi tandas yang dimuat naik dalam hantaran video tersebut tidak berada dalam fasiliti seliaan HKL.

“Perkara ini juga dapat dikenal pasti kerana reka bentuk tandas yang ditularkan itu berbeza dengan milik fasiliti HKL,” katanya.

Justeru, Harikrishna berkata tindakan tidak bertanggungjawab menularkan video berkenaan boleh menjejaskan imej warga kerjanya yang sentiasa komited memberikan perkhidmatan terbaik kepada orang ramai.

Beliau berkata HKL sentiasa memandang serius aspek kebersihan, keselamatan dan keselesaan pesakit, pelawat serta petugasnya, dengan kerja penyelenggaraan berkala dilaksanakan mengikut jadual bagi memastikan semua fasiliti berada pada tahap ditetapkan.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak menularkan atau berkongsi maklumat palsu tersebut bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata HKL turut mengalu-alukan maklum balas yang membina dan sebarang aduan atau pertanyaan berkaitan fasiliti hospital boleh disalurkan melalui saluran rasmi hospital.

Terdahulu, tular di media sosial satu video yang mendakwa tandas sebuah hospital awam di Kuala Lumpur dalam keadaan daif, termasuk urinal yang melimpah hingga mengotorkan lantai, sekali gus menimbulkan kebimbangan berhubung aspek kebersihan di fasiliti kesihatan.

 
Back
Top
Log in Register