BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Revolusi Pasar Dan Tandas Awam Cerminan Malaysia MADANI

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146

Revolusi Pasar Dan Tandas Awam Cerminan Malaysia MADANI​

4ac6f4f772374cde15a1e9d707e5dbf56a23e5de19fc4

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming

Transformasi pasar dan tandas awam seperti penambahbaikan infrastruktur serta pengurusan penyelenggaraan, mampu meningkatkan keyakinan pengguna terhadap tahap kebersihan dan keselamatan premis.

Usaha itu bukan sekadar mencerminkan kecekapan pengurusan, sebaliknya menjadi sebahagian daripada agenda membentuk amalan menjaga kebersihan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming berkata sebanyak RM378.27 juta telah diluluskan di bawah peruntukan Skala Kecil, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), membabitkan 2,253 projek menaik taraf pasar dan tandas awam di seluruh negara sejak tahun 2023 hingga kini.

Daripada jumlah itu, 1,750 projek menaik taraf tandas awam dengan kos RM172.13 juta, manakala 503 projek lagi menaik taraf pasar awam berjumlah RM206.14 juta.

"Bagi tempoh tersebut juga, Kementerian Ekonomi meluluskan 18 projek pasar dengan kos keseluruhan sebanyak RM236.60 juta.

"Antara projek tersebut ialah pembangunan semula Pasar Awam Bukit Mertajam di Pulau Pinang, membina baru Pasar Pasir Pinji, Ipoh (Perak), pembinaan Pasar Kajang (Selangor) dan pembangunan Pasar Besar Kuala Krai (Kelantan)," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Beliau berkata enam negeri tertinggi yang merekodkan kerja-kerja naik taraf  bagi pasar dan tandas awam ialah Sabah, Perak, Pahang, Selangor, Johor dan Sarawak.

"Usaha memperkasakan pasar awam di seluruh negara dapat mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih bersih, selamat, selesa dan kondusif kepada peniaga serta pengunjung.

"Malah, menaik taraf tandas awam berteraskan konsep Bersih, Menawan dan Wangi (BMW) pula, diharap dapat menjadi pemangkin kepada pembudayaan kebersihan dalam kalangan masyarakat serta meningkatkan kualiti kemudahan awam di seluruh negara," katanya.

 
Back
Top
Log in Register