BTC USD 76,604.1 Gold USD 4,361.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Program Teksi MADANI Anjakan Bersejarah Industri Pengangkutan Awam - GTSM

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,719
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,719
Reaction score
97
Points
80

Program Teksi MADANI Anjakan Bersejarah Industri Pengangkutan Awam - GTSM​

71c91cac00d985fd50ef2485d59557b06a4752846ec87

24d56b1ef47c0fdcae7480b898a0cfe36a47544a3d15b

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) pada Majlis Peluncuran Program Pembaharuan Teksi MADANI Nasional di Dataran Merdeka, hari ini. Model sedan Proton S70 dipilih sebagai model teksi rasmi terbaharu berdasarkan standard keselamatan, tahap keselesaan penumpang serta aspek kecekapan penggunaan bahan api yang optimum.

Gabungan Teksi Malaysia (GTSM) menyifatkan pelancaran Program Pembaharuan Teksi MADANI Nasional sebagai detik bersejarah yang dinanti-nantikan bagi meremajakan industri pengangkutan awam darat negara.

Pengerusi GTSM Kamarudin Mohd Hussain berkata inisiatif terbaru itu menawarkan struktur kos pembiayaan harian yang jauh lebih rendah berbanding sistem pajakan syarikat sedia ada.

Beliau turut memuji komitmen syarikat pengeluar kereta nasional, Proton, yang mempamerkan semangat kenegaraan tinggi bagi membantu transformasi industri tersebut menerusi penggunaan model sedan terkini Proton S70.

“Setakat ini, sebanyak 800 pemandu telah mendaftar dan kini berada dalam peringkat menunggu kelulusan Surat Tawaran Kelayakan (STK) daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

“Melalui program ini, Kementerian (Pengangkutan) mempermudah urusan untuk pemandu teksi, kereta sewa dan e-hailing masuk ke dalam program, manakala pihak Proton melalui EON-Avis  menyalurkan maklumat pemandu kepada institusi kewangan bagi urusan pembiayaan fleksibel,” katanya.

Kamarudin ditemui pemberita selepas majlis pelancaran Program Pembaharuan Teksi MADANI Nasional yang disempurnakan Perdana Menteri di Dataran Merdeka di sini hari ini.

Beliau turut merakamkan penghargaan atas kelulusan khas Kementerian Kewangan yang memastikan kenderaan tersebut menjadi hak milik kekal pemandu, sekali gus membebaskan mereka daripada bebanan sistem pajakan lama.

Sementara itu, rata-rata pemandu teksi yang ditemui pada majlis tersebut melahirkan rasa syukur dan menyifatkan inisiatif berkenaan sebagai permulaan baharu yang menamatkan tempoh 'terbiar' golongan berkenaan sebelum ini.

Pemandu teksi veteran Adam Rau Abdulla, 61, berkata reformasi berkenaan dilihat sangat adil kerana membuka peluang secara meluas kepada golongan marhaen untuk memiliki kenderaan sendiri tanpa kos operasi yang menindas.

 
Back
Top
Log in Register