BTC USD 76,311.8 Gold USD 4,324.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Program ADI Bukti Sinergi Peserta Dan Industri

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80

Program ADI Bukti Sinergi Peserta Dan Industri​

d7b8f50d33079b5248aea711454146216a6c09d7b78b5

Peserta ADI Muhammad Arif Nurul Azmi, 20, kini memiliki sijil Diploma Profesional dalam Penyelenggaraan dan Servis Motosikal

Program Akademi Dalam Industri (ADI) bukan sekadar menyediakan latihan serta pendedahan kepada budaya kerja sebenar, tetapi juga menjadi titik perubahan kepada peserta membina keyakinan diri untuk merealisasikan impian dalam mengejar cita-cita.

Inisiatif ini bukan sahaja membuka peluang kepada peserta yang pernah berdepan dengan kesukaran hidup atau tercicir daripada sistem pendidikan, malah turut membantu syarikat mendapat bakat berkemahiran tinggi yang benar-benar memenuhi keperluan pasaran tanpa mengira pelbagai latar belakang.

Peserta, Muhammad Arif Nurul Azmi, 20, berkata ilmu dan pengalaman yang diperoleh selepas menyertai program ADI tidak akan disia-siakan dan berharap impiannya membuka sebuah bengkel akan tercapai.

"Saya minat kerja-kerja membaiki ini sejak kecil lagi, mula-mula baiki basikal, selepas itu apabila meningkat remaja saya mula belajar baiki motosikal.

"Kemahiran yang saya ada ketika itu tidak banyak dan selepas menyertai program ADI impaknya terlalu besar dalam kehidupan saya, banyak yang saya tahu termasuk cara untuk uruskan bengkel dan sebagainya," katanya yang kini menetap di Kajang, Selangor.

Muhammad Arif yang kini memiliki sijil Diploma Profesional dalam Penyelenggaraan dan Servis Motosikal itu berharap lebih ramai lagi golongan belia mengambil peluang menyertai program ini untuk mengembangkan bakat dan menjana pendapatan.

"Prinsip hidup saya cuma satu, jangan malu bertanya dan mencuba sebab sekali kita gagal tidak bererti kita akan gagal selamanya kerana daripada kegagalan itu kita akan belajar untuk meningkatkan kemampuan diri sehingga berjaya.

"Impian saya memang mahu membuka sebuah bengkel dan saya belajar cara urus kerja ikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Insya-Allah kalau ada rezeki nanti saya akan buka bengkel baiki motosikal juga," katanya.

 
Back
Top
Log in Register