BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JKNJ Nafi Dakwaan Hospital Segamat Akan Ditutup

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

JKNJ Nafi Dakwaan Hospital Segamat Akan Ditutup​

e2f72749160f4bcb084f2df00bbc94976a21941a809d0

Dr Mohtar Pungut @ Ahmad

Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menafikan dakwaan  Hospital Segamat akan ditutup mulai 1 Julai ini, seperti yang tular menerusi media sosial.

Pengarah Kesihatan Johor Dr Mohtar Pungut@Ahmad berkata hospital berkenaan masih beroperasi seperti biasa dan tiada sebarang penutupan seperti didakwa.

Beliau berkata JKNJ turut mengambil maklum berhubung surat penangguhan bagi rujukan kes-kes Obstetrik dan Ginekologi (O&G) di hospital berkenaan yang turut tular.

“JKNJ sedang meneliti dan memuktamadkan pengaturan perkhidmatan di Jabatan O&G Hospital Segamat bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang berkesan dan berterusan kepada masyarakat.

“Status terkini serta perancangan lanjut berhubung perkara ini akan dimaklumkan dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata JKNJ komited untuk memastikan sebarang langkah penyusunan semula perkhidmatan dan pengoptimuman sumber manusia dilaksanakan secara terancang bagi menjamin kelangsungan operasi serta kesinambungan rawatan dan perkhidmatan kepada masyarakat.

Terdahulu, tular hantaran pemilik satu akaun di Threads yang mendakwa Hospital Segamat akan ditutup berikutan kekurangan doktor dan petugas hospital.

 
Back
Top
Log in Register