BTC USD 76,604.1 Gold USD 4,361.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Teo Nafi Dakwaan Terlibat Kegiatan Kongsi Gelap

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141

Teo Nafi Dakwaan Terlibat Kegiatan Kongsi Gelap​

e61cda6f6a6057cbfb79e592b2a2fb706a91770742659

778164e5ee0afc8def5dd1d82ef76ffc6a9176f5b2f87

Timbalan Menteri Komunikasi yang juga Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching (tengah) melakukan gimik Pelancaran Karnival Komuniti Kempen Internet Selamat peringkat daerah Kulai di Hutan Bandar Putra.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching hari ini menafikan dakwaan di media sosial yang mengaitkannya dengan kegiatan kongsi gelap di negeri ini serta kes kemalangan jalan raya yang kini dalam siasatan polis.

Beliau yang juga Naib Pengerusi Kebangsaan DAP berkata dakwaan berkenaan adalah palsu serta tidak berasas, malah menegaskan terdapat akaun media sosial baharu telah diwujudkan khusus untuk membuat tuduhan terhadap dirinya.

"Saya sudah berada dalam arena politik selama 18 tahun dan berkhidmat sebagai Ahli Parlimen selama 13 tahun. Mungkin ada ketika saya pernah bertemu seseorang sekali atau dua kali, atau mungkin ada gambar bersama atas kapasiti sosial yang biasa.

“Namun, untuk mendakwa saya terlibat dalam aktiviti tersebut adalah satu tuduhan palsu kerana mereka hanya menunjukkan gambar saya dengan seseorang, sedangkan ia hanyalah aktiviti sosial biasa. Pihak polis, termasuk Ketua Polis Johor, telah pun mengadakan sidang media dan memaklumkan bahawa 13 suspek telah ditangkap. Saya mengalu-alukan siasatan menyeluruh daripada pihak polis,” katanya di sini hari ini.

Ahli Parlimen Kulai itu berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas Karnival Komuniti Kempen Internet Selamat di Hutan Bandar Putra, di sini.

Teo yang juga Pengerusi DAP Johor berkata fitnah tersebut menunjukkan bahawa sesiapa sahaja berisiko menjadi mangsa penularan berita palsu dalam era digital.

Sehubungan dengan itu, beliau menasihati orang ramai supaya tidak mudah mempercayai maklumat  diterima menerusi media sosial tanpa membuat semakan terlebih dahulu.

“Kita perlu berfikir secara rasional dan menyiasat terlebih dahulu. Saya sendiri telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta laporan polis.

“Walau bagaimanapun, cabaran utamanya ialah keputusan untuk menutup akaun atau memadam hantaran tersebut terpulang kepada pihak Meta sendiri dan tidak semua berita palsu dapat dipadamkan serta-merta,” katanya.

 
selain NED , betul ke mafia pun behind the the dapig
 
Back
Top
Log in Register