BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiga Ditahan Disyaki Terlibat Kegiatan Seluk Saku Di Jonker Walk

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Tiga Ditahan Disyaki Terlibat Kegiatan Seluk Saku Di Jonker Walk​

fbeeb1b0308b5836cb0430ff715478fc67096690f269a


Polis menahan tiga individu membabitkan dua warga Indonesia dan seorang warga China, yang disyaki terlibat dalam kegiatan seluk saku di kawasan pelancongan Jalan Hang Jebat (Jonker Walk) di sini, pada 4 Julai lepas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Superintenden Halim Abas berkata pasangan suami isteri warga Indonesia, masing-masing berusia 35 tahun, serta seorang lelaki warga China berusia 27 tahun ditahan kira-kira 3 petang hasil kerjasama orang awam dengan polis.

“Polis menerima satu laporan berhubung kejadian curi dompet membabitkan seorang pelancong lelaki warga China yang berlaku di Jalan Hang Jebat.

"Siasatan awal mendapati suspek wanita berperanan mengambil dompet mangsa, manakala suspek lelaki bertindak memerhati keadaan sebelum mereka melarikan diri dari tempat kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.

Halim berkata hasil soal siasat juga mendapati kedua-dua suspek warga Indonesia itu dipercayai terlibat dalam beberapa kes seluk saku di sekitar Melaka.

Hasil siasatan awal turut mendapati lelaki warga China yang tiba di negeri ini pada Jumaat lepas tidak terlibat dalam kegiatan seluk saku berkenaan, namun ditahan selepas bertindak melarikan diri bersama pasangan warga Indonesia berkenaan ketika pemeriksaan polis dijalankan.

"Polis turut merampas dua beg galas, dua dompet, lima telefon bimbit pelbagai jenama, dua payung, pelbagai pakaian dan kasut serta wang tunai dalam mata wang Malaysia dan Indonesia bagi membantu siasatan.

"Kesemua suspek direman hingga 16 Julai ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan," katanya.

Beliau berkata polis juga merakamkan penghargaan kepada orang awam yang menyalurkan maklumat sehingga membawa kepada kejayaan tangkapan itu.

 
Back
Top
Log in Register