BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hj Abd Rahman Limbong Dibuang Negeri Oleh Sultan Sebab Lawan British

waepy

Active+ Member
Messages
4,626
Joined
Sep 9, 2011
Messages
4,626
Reaction score
339
Points
51
Hampir 100 tahun dulu, tanggal 12 Zulhijjah Almarhum Haji Abdul Rahman Limbong telah didakwa menubuhkan gerakan melawan kerajaan. Beliau dititahkan sendiri oleh Sultan berbangsa Melayu beragama Islam untuk dibuang negeri bukannya oleh orang kafir ingggeris. Pada masa itu Akta 355 belum wujud.
Sekarang orang lebih mengingati Almarhum daripada pihak berkuasa yang menjatuhkan hukuman ke atasnya. Semoga roh Almarhum dicucuri rahmat dan dikurniakan gamjaran syurga atas perjuangannya.

312912_2408419176803_4195538_n.jpg


Sejarah Hidup

Dalam tahun 1920-an, Inggeris bercampur tangan untuk mentadbir tanah di lokasi Kuala Telemong hingga ke Ulu Telemong. Setiap ekar tanah yang dibuka oleh rakyat dikenakan cukai oleh penjajah Inggeris.

Sungguhpun Haji Abdul Rahman Limbong seorang ahli sufi, akan tetapi beliau juga bijaksana dalam selok belok persoalan dunia. Haji Abdul Rahman Limbong ialah seorang sufi yang pernah menjadi peguam. Pernyataan ini dapat dibuktikan dengan lantaran betapa banyak kalinya beliau berhujah di mahkamah demi membela rakyat yang disaman oleh pihak pemerintah Inggeris.

Haji Abdul Rahman Limbong dalam hujah-hujahnya di mahkamah meyatakan bahawa tanah yang dibuka oleh rakyat itu ialah hak Allah, bukannya hak negeri dan ialah tanah pusaka peninggalan orang-orang tua mereka yang datang dari Johor bersama-sama dengan Sultan Zainal Abidin I, Sultan Terengganu yang pertama.

Dibuang Negeri

Walau bagaimanapun, menurut laporan oleh H. W. Thomson dan J. L. Humphreys, Haji Abdul Rahman Limbong dan pengikutnya dilabel sebagai penderhaka kepada kerajaan Terengganu. Akhirnya Haji Abdur Rahman Limbong ditangkap dan dibuang negeri ke Singapura dan selanjutnya dibuang ke Mekah dalam tahun 1928. Beliau meninggal dunia di Mekah setahun kemudian.
 
dia pernah mengajar di surau limbung Chukai Kemaman terengganu...dari limbung tu lah dia digelar abd rahman limbong
 
banyak lagi pahlawan2 melayu yg menentang penjajah
 
nama2 pejuang seperti ini semakin sepi dari dendangan sebagai pejuang tanahair
 
Back
Top
Log in Register