BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hari Ini Dalam Sejarah, Perjanjian Burney Dimeterai Antara British Dengan Siam Pada 20 Jun 1826

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,260
Points
2,836
1000256267.jpg


Hari ini 198 tahun yang lalu, Perjanjian Burney dimeterai antara British dengan Siam.

British mula bertapak di Pulau Pinang pada 1786 untuk mengembangkan kuasanya di Tanah Melayu. Namun bila Siam menjajah Kedah pada 1821 lepas menguasai Pattani, British khuatir P.Pinang akan jadi sasaran Siam yang seterusnya.

Lalu British menghantar diplomatnya John Crawfurd ke Bangkok pada 1822 untuk mendapat penjelasan tentang kedudukan Siam di negeri-negeri Melayu utara, di mana Raja Rama II menegaskan yang Kedah, Perak, Kelantan & Terengganu berada di bawah kuasanya.

Pada 1825, British menghantar pula Henry Burney untuk berunding dengan Siam. Selepas 6 bulan di Bangkok, akhirnya Burney mencapai persetujuan dengan Raja Rama III, yang menggantikan bapanya sebagai pemerintah Siam, & perjanjian ditandatangani pada 20 Jun 1826.

Perjanjian itu menggariskan hak & kedudukan British & Siam di negeri-negeri Melayu utara, melibatkan soal had kuasa, perdagangan, keselamatan & perihal menguruskan Kesultanan Kedah yang dilihat sebagai ancaman oleh kedua-dua kuasa itu.

Berkenaan Kedah, antaranya ia kekal sebagai tanah jajahan Siam, Sultan Kedah Sultan Ahmad Tajuddin tak dibenarkan tinggal di P.Pinang, Seberang Perai, Perak, Selangor atau Burma & British dibenar berdagang di Kedah serta bertanggungjawab melindungi Siam.

Mengenai Perak & Selangor, antaranya Siam mengiktiraf kemerdekaan 2 negeri itu, British dibenar berdagang di Perak tapi tidak mencampuri urusan pentadbiran 2 negeri itu & bertanggungjawab menghalang Selangor daripada menyerang Perak.

Tentang Kelantan & Terengganu pula, Siam berjanji tidak akan menggangu perdagangan British di 2 negeri itu tetapi British tidak boleh masuk campur hal pentadbiran & kedua-dua negeri itu akan terus menghantar ufti bunga emas setiap 3 tahun sekali.

Untuk itu, Siam mengiktiraf kedudukan British di P.Pinang & Seberang Perai (Province Wellesley). Perjanjian rundingan tersebut tidak melibatkan mana-mana wakil dari negeri-negeri Melayu yang terlibat.

*Gambar: Salinan kerajaan Siam bagi dokumen Perjanjian Burney 1826.

Sumber: Arkib Negara Malaysia

#PeristiwaHariIni
 
Pada 1825, British menghantar pula Henry Burney untuk berunding dengan Siam. Selepas 6 bulan di Bangkok, akhirnya Burney mencapai persetujuan dengan Raja Rama III, yang menggantikan bapanya sebagai pemerintah Siam, & perjanjian ditandatangani pada 20 Jun 1826.
 
Back
Top
Log in Register