siapa yang tentukan kesahihan?
Rasulullah SAW?
(padahal Rasulullah SAW sendiri melarang, kenapa nko "twist" pula dan tak beriman? - rujuk
post #2)
"ilmu nenek moyang nkorang" ni takda langsung kena mengena dengan Rasulullah SAW dan Islam
dan nkorang tidak beriman dengan Allah dan RasulNya
tetapi beriman dengan "sangkaan" semata-mata
dan "sangkaan itu bukanlah iman"
rujuk
post #1
rasulullah melarang sahabat menulis kalam nabi kerana ditakuti kalam nabi dan kalam allah bercampur-campur. Justeru para sahabat hanya mengingati kalam nabi (sabda baginda ) dan mencatat kalam allah pada pelepah kambing dan sebagainya.
pada zaman usman, kalam allah telah dibukukan . Ini bermakna kalam allah telah terpelihara dan tersusun. Apakah tidak sah untuk bukukan pula sabda nabi? bahkan itu adalah lebih baik. bab kalam nabi sah atau palsu melalui bukhari & muslim, itu bab ke -2
tapi kamu tidak boleh nafikan wujudnya kalam nabi/ sabda nabi
selama 22 tahun nabi berdakwah, terpacul dari mulut nabi samaada
1. kalam allah ( al quran )
2. kalam nabi (hadis )
Takkan selama 22 tahun , nabi hanya mengucapkan kalamullah? di mana hilangnya kalam nabi? adakah hadis nabi ditelan zaman? kalau begitu? mengapa allah suruh taat kepada allah dan kepada rasul? kalau sekarang nie yang tinggal adalah alquran, sepatutnya allah suruh taat kepada allah melalui kalam allah sahaja. Lagi allah cabar kamu sekiranya kamu orang2 beriman, hendak lah taat pada allah ( alquran ) dan rasul ( hadis )
kamu dakwa "Al-Quran adalah ucapan Rasulullah SAW" , ini tidak berapa jelas, mengelirukan. Al quran adalah kalam allah, sebiji2 lafaz dan makna dari allah. Rasullah menyampaikan sahaja kepada ummatnya. Sedangkan hadis nabawi adalah sebiji2 lafaz dan makna dari nabi sendiri. Kenapa ada dua perintah pulak dari allah dan rasul? wallahualam...yang penting allah suruh taat allah dan rasul jika kamu nak beriman...( ada satu lagi hadis qudsi bab lain). jelas kamu keliru antara sunnah, hadis dan kalam allah. Kamu menganggap semuanya entiti sama. Sedangkan ianya adalah entiti yang berbeza.
Al quran yang sahkan rasullullah, tetapi semasa pembukuan al quran, yang sahkan siapa? adakah rasullullah? sedang rasullullah telah wafat? boleh jadi pembukuan itu tidak benar dan tidak teratur......sudah tentu yang sahkan adalah khalifah usman dan alquran kini dikenali sebagi resm uthmani. Kenapa kamu percaya 100% al quran resm uthmani? selain janji allah alquran terpelihara, kamu juga percaya kepada khalifah usman, kalau tidak percaya dengan khalifah usman, ada jugak quran verse resm fatimah digunakan oleh orang syiah kerana orang syiah benci khalifah usman. sekarang kamu dah percaya nabi, dan khalifah nya. Pengakhirannya yang sah kan adalah sahabat nabi sendiri.
Al hadis yang sahkan adalah sahabat nabi, perawi yang adil, akhirnya dibuku kan oleh bukhari and the gang. Tapi sahabat nabi, perawi dan ulamak tidak maksum. sebab itu ada hadis sahih, hasan , dhaif dan mauduk disebabkan ada kecacatan matan, sanad dan pelbagai lagi pada hadis. Sehingga sekarang hadis sahih masih boleh di takhrij. tiada masalah. tetapi mesti melalui penyelidikan dan perbahasan. dan perbahasan itu dapat membuktikan syarah ulamak hadis sebelumnya adalah silap.Bukan sekadar akal dan hawa nafsu
Ok lah senang cerita mcm nie.
1. alquran terpelihara dan selamat dah sekarang
2. hadis sahih bercampur2 dengan hadis palsu ketika zaman bukhari
ada dua pendekatan yang kamu boleh pilih.
1. oleh kerana hadis bercampur2, buang teros/ tak pedulikan hadis, ambil alquran 100%
2. pisahkan hadis sahih dan hadis palsu, takhrij hadis2 sahih imam bukhari dan muslim melalui penyelidikan dan perbahasan , dan ambil alquran 100%
kalau kamu ambil pendekatan yang pertama. jelas kamu tidak beriman, sapa cakap? allah cakap
"Dan taatlah kamu sekalian kepada Allah dan kepada RasulNya, jika kamu orang-orang yang beriman." (al-Anfal : 1)
Kalau kamu ambil pendekatan ke-2 , alhamdullilah, kamu adalah orang beriman. sapa cakap? Allah yang cakap.
9 ayat al quran sah2 terang2 suruh taat kepada allah dan taat kepada rasul? tak payah tafsir untuk memahami nya.....
allah menggunakan perkataan "dan" bermaksud kedua2 nya sekali.
kalau dalam bahasa melayu, bila kita cakap saya punyai rumah dan kereta, sudah tentu rumah dan kereta adalah entiti yang berbeza.
kalau dalam bahasa digital. 1 and 1 baru dapat 1, kalau ada kosong salah satu. maka jawapan tetap kosong
9 ayat ini yang mana kamu nak dustakan?