BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Helikopter Bawa Lima Penumpang Terhempas Berdekatan Long Lellang STOLport

Nahas Helikopter: Agong, Raja Permaisuri Zahir Takziah Kepada Keluarga Mangsa​

fe96d4e05856091f7465b5f5e72614e56aa0e39f1fa5b

Kredit: Fb Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan takziah kepada keluarga juruterbang serta petugas Kementerian Kesihatan (KKM) yang maut dalam nahas helikopter di Sarawak, semalam.

Seri Paduka Baginda berdua turut mendoakan agar seluruh keluarga dan waris mangsa diberikan kekuatan serta ketabahan dalam menghadapi kehilangan insan tersayang.

"Al-Fatihah dan salam takziah saya ucapkan kepada seluruh ahli keluarga mangsa. Jasa dan pengorbanan mereka akan sentiasa dikenang," titah Seri Paduka Baginda menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

Semalam, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) memaklumkan sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang terhempas berhampiran Lapangan Terbang Landasan Pendek (STOLport) Long Lellang, Ulu Baram, kira-kira 929 kilometer dari Kuching, Sarawak.

CAAM menerima maklumat tentang kejadian melibatkan helikopter itu daripada Perkhidmatan Maklumat Penerbangan pada 3.58 petang.

Helikopter perkhidmatan doktor udara (FDS) yang berlepas dari Miri itu membawa lima mangsa, terdiri daripada juruterbang Kapten Zainol Afiq Bee Sham, pegawai perubatan Dr Ainul Baraah Kamaruddin, seorang penolong pegawai perubatan (PPP) dan dua jururawat, yang kesemuanya sedang menjalankan tugas rasmi.

 

Nahas Helikopter: Kerajaan Akan Beri Bantuan Kepada Keluarga Mangsa - PM Anwar​

fe8d9995201fccf60160bc27feac60f66a9ffaeb0b17d

Sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima penumpang termasuk juruterbang terhempas berdekatan Long Lellang Short Take-Off and Landing Airport (STOLport), kira-kira 929 kilometer dari Kuching hari ini. Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) memaklumkan pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada Perkhidmatan Maklumat Penerbangan pada 3.58 petang. Helikopter berkenaan sedang menjalankan operasi penerbangan Flying Doctor Service ketika kejadian. - fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA KUCHING,

Kerajaan akan memberikan segala bantuan dan sokongan diperlukan kepada keluarga lima mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter di Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak, petang semalam.

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Anwar berkata beliau turut berdukacita menerima khabar nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (PDU) itu yang membawa empat petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dan seorang juruterbang.

"Ingatan serta doa saya dan (isteri) Azizah (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) bersama keluarga kesemua mangsa yang sedang melalui detik yang begitu berat ini.

"Moga mereka dikurniakan kekuatan dan ketabahan. Saya mohon semua pihak memberikan ruang kepada ahli keluarga serta mengelakkan sebarang spekulasi sementara menanti maklumat sah daripada pihak berkuasa," katanya.

Semalam, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam kenyataan memaklumkan sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang terhempas berhampiran Lapangan Terbang Landasan Pendek (STOLport) Long Lellang, Ulu Baram, kira-kira 929 kilometer dari Kuching, Sarawak.

KKM dalam kenyataan memaklumkan helikopter yang berlepas dari Miri itu dikendalikan seorang juruterbang dan membawa seorang pegawai perubatan, seorang penolong pegawai perubatan (PPP) serta dua jururawat yang sedang menjalankan tugas rasmi.

Antara mangsa disahkan oleh keluarga ialah Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 31, dan Dr Ainul Baraah Kamarudin, 32.

 

Operasi Perkhidmatan Doktor Udara Diteruskan - Dzulkefly​

6af98d8c844ae4077c7b32a1f511b6ae6aa0eb09d64be

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad pada sidang media khas berhubung insiden helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) Kementerian Kesihatan (KKM) yang terhempas di Long Lellang, Sarawak semalam. Turut sama Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Mahathar Abdul Wahab (kiri) dan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Dr Ismuni Bohari.

Operasi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) akan diteruskan walaupun berlaku insiden nahas helikopter di Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak petang semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata tiada keperluan untuk menghentikan perkhidmatan berkenaan memandangkan peranannya penting dalam memastikan akses perkhidmatan kesihatan, khususnya buat komuniti di kawasan pedalaman.

“Kita akan teruskan. Tidak ada keperluan (untuk menghentikan perkhidmatan). FDS ini adalah liputan kesihatan sejagat, jadi kita akan teruskan serta memperkasanya,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Mahathar Abd Wahab dan  Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Dr Ismuni Bohari.

Mengulas lanjut mengenai pengoperasian FDS, Dzulkefly berkata KKM tidak memiliki aset helikopter sendiri untuk menjalankan perkhidmatan tersebut, sebaliknya ia dilaksanakan menerusi kaedah sewaan secara kontrak yang turut merangkumi aspek penyelenggaraan.

Berita lanjut menyusul.

 

Nahas Helikopter: Tiga Pegawai Biro Siasatan Kemalangan Udara Tiba Di Miri Petang Ini​

b74eaaca7bf741a9a04b445aa820228e6aa0ecca25d3d


Pasukan penyiasat Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) yang terdiri daripada tiga pegawai dijangka tiba di Miri sekitar 5 petang ini bagi memulakan siasatan berhubung insiden helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) yang terhempas di Long Lellang, semalam.

AAIB dalam kenyataan kepada Bernama hari ini memaklumkan kawasan kejadian kini dikawal ketat dan bangkai helikopter tidak boleh diganggu atau dialihkan tanpa penyelarasan agensi tersebut.

“Pergerakan pasukan berkenaan dari Miri ke lokasi kejadian di Long Lellang akan diselaraskan mengikut keadaan semasa serta ketersediaan pengangkutan.

“Bagaimanapun, akses (ke lokasi kejadian) tidak terhad kepada AAIB sahaja kerana agensi penyelamat berkaitan masih perlu menjalankan tugas masing-masing di lokasi,” menurut kenyataan itu hari ini.

AAIB memaklumkan keutamaan ketika ini adalah operasi menyelamat dan pemulihan oleh agensi-agensi berkaitan, khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta pihak berkuasa lain.

Difahamkan pasukan SAR telah bergerak ke lokasi kejadian pada 11 pagi tadi.

Semalam, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) memaklumkan sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang terhempas berdekatan Long Lellang Short Take-Off and Landing Airport (STOLport), Ulu Baram, kira-kira 929 kilometer dari Kuching.

Menurut CAAM, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian daripada Perkhidmatan Maklumat Penerbangan pada 3.58 petang dan helikopter tersebut sedang menjalankan operasi penerbangan FDS.

 

Nahas Helikopter: Operasi Bawa Keluar Mangsa Sedang Giat Dijalankan - Dr Dzulkefly​

66fc01b1c3f1881ba4fb5b7ba2bc2f996aa0dfb655c88

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad pada sidang media khas berhubung insiden helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) Kementerian Kesihatan (KKM) yang terhempas di Long Lellang, Sarawak semalam.

Operasi membawa keluar lima mangsa nahas helikopter di Long Lellang, Sarawak sedang giat dijalankan oleh pasukan penyelamat, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata operasi berkenaan dilaksanakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), dengan usaha membawa keluar mangsa bermula sejak 7.30 pagi tadi.

Dr Dzulkefly berkata pihak hospital di Miri juga telah bersedia sepenuhnya di semua peringkat untuk menerima mangsa sebaik sahaja mereka dibawa keluar dari lokasi kejadian.

“Setakat laporan pagi ini, operasi membawa keluar mangsa sedang giat dijalankan oleh pasukan penyelamat iaitu Polis Diraja Malaysia serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Mahathar Abd Wahab dan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Dr Ismuni Bohari.

Berita Lanjut Menyusul

Dikeluarkan tu maksudnya macam mana? Dorang terjun keluar heli sebelum heli terhempas ke?
 

KSN Ucap Takziah Kepada Keluarga Mangsa Nahas Helikopter FDS KKM​

e978bec5dbf0ac13b2ea2ab07e2c1b606aa0f75b6bf58

Kredit: Fb Shamsul Azri bin Abu Bakar

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada seluruh ahli keluarga, sahabat serta rakan sekerja petugas kesihatan dan krew Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) Kementerian Kesihatan (KKM) yang terkorban dalam nahas helikopter di Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak, petang semalam

Menerusi hantaran di media sosial "X" hari ini, Shamsul Azri turut mendoakan agar segala jasa dan pengorbanan dicurahkan demi kesihatan serta kesejahteraan masyarakat terus menjadi amal jariah yang berkekalan.

"Ingatan dan doa saya kepada ahli keluarga dan waris mangsa yang terkorban agar diberikan ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi musibah ini," katanya.

Semalam, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam kenyataan memaklumkan sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang terhempas berhampiran Lapangan Terbang Landasan Pendek (STOLport) Long Lellang, Ulu Baram, kira-kira 929 kilometer dari Kuching, Sarawak.

KKM dalam kenyataan memaklumkan helikopter yang berlepas dari Miri itu dikendalikan seorang juruterbang dan membawa seorang pegawai perubatan, seorang penolong pegawai perubatan serta dua jururawat yang sedang menjalankan tugas rasmi.

 

Sarawak Salur RM100,000 Kepada Keluarga Petugas Helikopter FDS Terhempas​

76b08343a2393c74243f53597087ef886aa00df55fef4


Kerajaan Negeri Sarawak akan menyalurkan sumbangan RM100,000 kepada setiap keluarga petugas yang terlibat dalam kejadian helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) yang terhempas di Long Lellang, semalam.

Kerajaan Negeri Sarawak dalam satu kenyataan menerusi media sosial Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) memaklumkan kerajaan negeri juga akan menanggung sepenuhnya yuran pendidikan anak-anak mangsa yang masih bersekolah melalui Yayasan Sarawak.

“Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersetuju agar bantuan berkenaan disalurkan sebagai tanda keprihatinan kerajaan Sarawak bagi membantu meringankan beban keluarga dan waris terlibat.

“Tanggungan penuh yuran pendidikan itu turut mencerminkan penghargaan terhadap pengorbanan para petugas berkenaan yang telah memberikan perkhidmatan kepada rakyat, khususnya masyarakat di kawasan pedalaman,” menurut kenyataan itu.

Semalam, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) memaklumkan sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang terhempas berdekatan Long Lellang Short Take-Off and Landing Airport (STOLport), Ulu Baram, kira-kira 929 kilometer dari Kuching.

Menurut CAAM, pihaknya menerima maklumat tentang kejadian itu daripada Perkhidmatan Maklumat Penerbangan pada 3.58 petang dan helikopter tersebut sedang menjalankan operasi penerbangan FDS.

 
423763-423763.jpg


MIRI, 9 September – Empat mangsa nahas helikopter yang terhempas di Long Lellang, Ulu Baram sudah ditemui, manakala seorang lagi masih belum dijumpai.

Identiti kesemua mangsa yang ditemukan masih belum disahkan, sementara operasi pencarian mangsa terakhir diteruskan.

Foto : JBPM Sarawak

'Yang sahih di RTM'
#RTM #BeritaRTM #MalaysiaMadani #TaatSetia #BersamaMALAYSIAKU
#RancakkanMADANI #MADANIBekerja
 

Polis Sahkan Identiti Lima Mangsa Nahas Helikopter FDS Di Long Lellang​

eb8fc4e8be04e6b5715743a6029d84566aa13cb20af09

90684c1f593669c57589ca6fd5524b0d6aa13c991801a

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sekitar lokasi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) yang terhempas berdekatan Long Lellang Short Take-Off and Landing Airport (STOLport), Ulu Baram, hari ini. Operasi SAR melibatkan pelbagai agensi keselamatan dan penyelamat, termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi-agensi berkaitan dalam usaha mengesan, mengesahkan lokasi kejadian, menyelamat dan mengurus mangsa. - fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

Polis mengesahkan identiti semua lima mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) yang terhempas di Long Lellang, semalam.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata identiti kelima-lima mangsa dikenal pasti melalui pengecaman barangan peribadi yang berada pada jasad mangsa, cebisan pakaian serta kedudukan tempat duduk di dalam helikopter.

Beliau berkata mayat telah dibawa ke Hospital Miri untuk bedah siasat serta proses pengecaman.

“Kesemua mereka dalam keadaan rentung kerana apabila helikopter terhempas, ia terus terbakar.

“Tidak ada satu mangsa yang kita jumpai dalam keadaan sempurna. Pengecaman secara rasmi akan dibuat di hospital dan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) keluarga telah diambil,” katanya pada sidang media mengenai insiden berkenaan di Lapangan Terbang Miri, hari ini.

Mangsa yang terkorban ialah juruterbang Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30, pegawai perubatan Dr Ainul Baraah Kamaruddin, 33, pembantu perubatan Alexson Adit Henry, 31, serta dua jururawat, Debra Moset, 40, dan Jessie Paya Jok, 44.

Kesemua keluarga mangsa telah dimaklumkan mengenai perkembangan terkini tragedi itu.

Semalam, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) memaklumkan sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang terhempas berdekatan Long Lellang Short Take-Off and Landing Airport (STOLport).

Menurut CAAM, pihaknya menerima maklumat tentang kejadian itu daripada Perkhidmatan Maklumat Penerbangan pada 3.58 petang dan helikopter tersebut sedang menjalankan operasi penerbangan FDS.

 

Nahas Helikopter: Debra Seorang Yang Ceria, Gemar Memasak Untuk Keluarga - Adik​

fc1fdc0edee945cd999d9f3475ea383a6aa14198b642e


Jururawat yang maut dalam nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang petang semalam, Debra Moset, 40, disifatkan sebagai seorang yang ceria dan gemar memasak setiap kali pulang ke kampungnya di Padawan, di sini.

Adiknya, Morgan Moset, 39, berkata ketika kali terakhir bertemu dengan Debra bulan lepas, dia tidak melihat sebarang petanda luar biasa, malah kakaknya itu kelihatan ceria seperti biasa meluangkan masa bersama-sama keluarga.

Morgan berkata Debra yang lebih 10 tahun bekerja di Miri tidak pernah melepaskan peluang untuk pulang ke kampung setiap kali cuti meskipun dalam tempoh sehari dua sahaja.

“Hubungan kami lima beradik sangat rapat sejak kecil, malah saya dan Debra yang hanya berbeza setahun sering menghabiskan masa bersama-sama ketika membesar,” katanya kepada pemberita di kediamannya di Kampung Semadang, Padawan, hari ini.

Ditanya tentang khabar perit itu, anak bongsu daripada lima beradik itu berkata dia menerima berita tentang nahas terbabit daripada abangnya ketika berada di tempat kerja, semalam.

“Abang memberitahu saya helikopter dinaiki Debra telah jatuh (terhempas). Saya yakin Debra berada dalam penerbangan itu kerana memang jadualnya bertugas ketika itu,” katanya.

Mengimbau kenangan kakaknya yang suka memasak apabila pulang ke kampung, Morgan berkata yang paling tidak dapat dilupakan dan sering dinanti-nantikan seisi keluarga ialah juadah rendang daging masakan Debra, khususnya ketika musim perayaan seperti sambutan Hari Krismas dan Hari Gawai.

“Kalau perayaan, memang wajib ada rendang masakannya. Dia selalu masak dan muat naik gambar dalam kumpulan (WhatsApp) keluarga. Anak-anaknya pula menggemari kari masakannya,” katanya dan menambah seluruh keluarga pastinya merindui keceriaan dan keenakan air tangannya selepas ini.

Terdahulu, Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohamad Zainal Abdullah dilaporkan berkata identiti kesemua lima mangsa nahas itu sudah dikenal pasti, iaitu juruterbang Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30, pegawai perubatan Dr Ainul Baraah Kamaruddin, 33, pembantu perubatan Alexson Adit Henry, 31, serta dua jururawat Jessie Paya Jok, 44, dan Debra.

 
Back
Top
Log in Register