BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Helikopter Bawa Lima Penumpang Terhempas Berdekatan Long Lellang STOLport

Polis Sahkan Identiti Lima Mangsa Nahas Helikopter FDS Di Long Lellang​

eb8fc4e8be04e6b5715743a6029d84566aa13cb20af09

90684c1f593669c57589ca6fd5524b0d6aa13c991801a

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sekitar lokasi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) yang terhempas berdekatan Long Lellang Short Take-Off and Landing Airport (STOLport), Ulu Baram, hari ini. Operasi SAR melibatkan pelbagai agensi keselamatan dan penyelamat, termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi-agensi berkaitan dalam usaha mengesan, mengesahkan lokasi kejadian, menyelamat dan mengurus mangsa. - fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

Polis mengesahkan identiti semua lima mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) yang terhempas di Long Lellang, semalam.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata identiti kelima-lima mangsa dikenal pasti melalui pengecaman barangan peribadi yang berada pada jasad mangsa, cebisan pakaian serta kedudukan tempat duduk di dalam helikopter.

Beliau berkata mayat telah dibawa ke Hospital Miri untuk bedah siasat serta proses pengecaman.

“Kesemua mereka dalam keadaan rentung kerana apabila helikopter terhempas, ia terus terbakar.

“Tidak ada satu mangsa yang kita jumpai dalam keadaan sempurna. Pengecaman secara rasmi akan dibuat di hospital dan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) keluarga telah diambil,” katanya pada sidang media mengenai insiden berkenaan di Lapangan Terbang Miri, hari ini.

Mangsa yang terkorban ialah juruterbang Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30, pegawai perubatan Dr Ainul Baraah Kamaruddin, 33, pembantu perubatan Alexson Adit Henry, 31, serta dua jururawat, Debra Moset, 40, dan Jessie Paya Jok, 44.

Kesemua keluarga mangsa telah dimaklumkan mengenai perkembangan terkini tragedi itu.

Semalam, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) memaklumkan sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang terhempas berdekatan Long Lellang Short Take-Off and Landing Airport (STOLport).

Menurut CAAM, pihaknya menerima maklumat tentang kejadian itu daripada Perkhidmatan Maklumat Penerbangan pada 3.58 petang dan helikopter tersebut sedang menjalankan operasi penerbangan FDS.

Allahu akbar......rentung habis la dorang.....sedihh..
 

Nahas Helikopter Sarawak : Jenazah Dr Ainul Baraah Akan Dikebumikan Di Kelantan - Bapa​

0cf4462ce5aed40ec439a25b5042cbcf6aa183b6db6a4

Kamarudin Salleh, bapa kepada salah seorang penumpang helikopter yang terhempas berhampiran Long Lellang, Sarawak, Dr. Ainul Baroah, menunjukkan gambar anaknya (dua, kiri) bersama ahli keluarga ketika ditemui pemberita di kediamannya di Kampung Baung, Pengkalan Chepa. Terdahulu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) memaklumkan sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang terhempas berhampiran Lapangan Terbang Landasan Pendek (STOLport) Long Lellang, Ulu Baram, kira-kira 929 kilometer dari Kuching, Sarawak. - fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

Jenazah Allahyarham Dr Ainul Baraah Kamarudin, 33, dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sri Kedeper di sini sebaik selesai urusan forensik.

Kamarudin Salleh, 69, berkata jenazah anak perempuannya itu akan disembahyangkan di Masjid Al Karamah, Mukim Baung Besar, Pengkalan Chepa di sini.

“Saya telah menghubungi pihak masjid berkenaan untuk membuat persediaan dan persiapan awal untuk pengebumian,” katanya kepada Bernama malam ini.

Mengulas mengenai waktu jenazah pegawai perubatan itu akan diterbangkan dari Miri ke Kota Bharu, beliau berkata perkara berkenaan masih belum dapat dipastikan.

Semalam, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam kenyataan memaklumkan sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang terhempas berhampiran Lapangan Terbang Landasan Pendek (STOLport) Long Lellang, Ulu Baram, kira-kira 929 kilometer dari Kuching.

Menurut kenyataan itu, helikopter berkenaan sedang menjalankan operasi perkhidmatan doktor udara (FDS) ketika kejadian.

Dalam pada itu, Residen Bahagian Miri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri Galong Luang mengesahkan kesemua lima individu di dalam helikopter itu meninggal dunia dalam kejadian pada kira-kira 3.40 petang.

Selain Dr Ainul Baraah, mangsa yang terkorban ialah juruterbang Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30, pembantu perubatan Alexson Adit Henry, 31, serta dua jururawat, iaitu Debra Moset, 40, dan Jessie Paya Jok, 44.

 

Impian Jessie Paya Sambung Pengajian Tidak Kesampaian - Rakan Karib​

dc0ad03acb581eb1793e80915b4399f56aa20ee1d4818

e42419d38f7f8d9604382082bad155896aa20f0603ed4

Kredit: Caroline Sawai

Impian jururawat Jessie Paya Jok, 44, untuk melanjutkan pengajian tidak kesampaian apabila terkorban dalam nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) yang terhempas di Long Lellang, pada Selasa.

Sahabatnya Caroline Sawai Joseph Chungat, 43, yang merupakan jururawat di Hospital Miri berkata Jessie atau lebih mesra disapa Paya, pernah memaklumkan kepadanya bahawa bulan ini merupakan penglibatan terakhirnya dalam FDS.

“Itu perbualan terakhir antara saya dan Paya pada bulan lepas, dengan penuh teruja dia memaklumkan bahawa bulan ini penglibatan terakhir dia dalam FDS kerana tahun hadapan dia merancang melanjutkan pengajian dalam Advanced Diploma in Midwifery.

“Namun, hasrat serta impian murni Paya melanjutkan pengajian itu tidak kesampaian, itulah cita-citanya,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Caroline berkata beliau mengenali Paya sejak tahun 2005, sewaktu mereka bersama-sama menjadi pelatih Jururawat Masyarakat di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Serian.

Sepanjang 21 tahun perkenalan, Paya disifatkan sebagai seorang berjiwa lembut, tidak banyak berbicara, namun sentiasa menceriakan suasana sekelilingnya dengan senyuman dan tawa.

“Keperibadian Paya begitu menyentuh hati kerana dalam tempoh lebih dua dekad mengenalinya, saya tidak pernah sekali pun melihat dia meluahkan rasa marah mahupun meninggi suara kepada sesiapa.

“Kebaikan dan pengorbanan Paya turut terserlah sewaktu dia bertugas di Klinik Kesihatan Bario, dengan ketulusan hatinya telah menambat kasih sayang seluruh penduduk kawasan pedalaman berkenaan,” katanya.

 

Nahas Helikopter FDS: KKM Masih Tunggu Laporan Rasmi Hasil Bedah Siasat Mangsa​

8d5b03c6cb71667e480382d3ddd0ed076aa22793887c1

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu laporan rasmi berhubung keputusan hasil bedah siasat terhadap lima mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak.

Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata pihaknya masih menunggu pengesahan rasmi berhubung perkara itu, sebelum penerangan lanjut dibuat kepada umum.

“Secepat mungkin, kita dapat semua secara rasmi, Datuk Ketua Pengarah Kesihatan (Datuk Dr Mahathar Abd Wahab) akan buat penerangan dan saya sendiri sedang menunggu.

“Walaupun sudah kedengaran, tapi kita belum dapat satu sifatnya yang rasmi,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas majlis pembukaan Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN (AHMM) ke-17 di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha KKM Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad dan Dr Mahathar.

Sementara itu, Dr Mahathar berkata Pesuruhjaya Polis Sarawak telah menjelaskan tatacara dan proses berkaitan bedah siasat menerusi kenyataan semalam, namun pihaknya masih menunggu pengumuman lanjut berhubung perkara itu.

Semalam, Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan lima jasad mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter itu, telah berjaya dibawa keluar dari lokasi kejadian dan diterbangkan dari Long Lellang ke Miri untuk tujuan bedah siasat serta proses berkaitan.

 

Jasad Mendiang Alexson Akan Dibawa Ke Desa Senadin, Selepas Selesai Bedah Siasat​

49f2d4ec3adb3454fcf96d214b13f0c66aa23d1b0a002

Kredit : Fb Annastasia Henry

Keluarga mendiang pembantu perubatan Alexson Adit Henry, 31, yang terkorban dalam nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang pada Selasa, masih menunggu keputusan bedah siasat sebelum menetapkan tarikh dan waktu penghormatan terakhir serta pengebumiannya.

Adik mendiang Annastasia Luyah Henry menerusi hantaran di laman Facebooknya berkata pihak keluarga, akan memaklumkan butiran lanjut mengenai urusan berkenaan sebaik sahaja keputusan bedah siasat diperoleh daripada pihak hospital.

“Mendiang akan dibawa ke kediamannya di Desa Senadin di sini, selepas selesai proses bedah siasat," katanya mewakili isteri mendiang Stephanie Essah Incham serta seluruh ahli keluarganya.

Pada Selasa, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) memaklumkan sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang, terhempas berdekatan Long Lellang Short Take-Off and Landing Airport (STOLport).

Selain Alexson, mangsa lain yang terkorban ialah juruterbang Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30, pegawai perubatan Dr Ainul Baraah Kamaruddin, 33, serta dua jururawat Debra Moset, 40, dan Jessie Paya Jok, 44.

 

Helikopter Terhempas: Dua Mangsa Pencarum PERKESO Layak Terima Pencen Penakat Bulanan​

b7fcd4e76a3dc27beb0b5e9e01d314546aa2622d3c05f

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan bercakap pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Geran Uyarvu MADANI Siri 2 2026 hari ini.

Dua daripada lima mangsa nahas helikopter di Long Lellang, Miri, Sarawak pada Selasa lepas merupakan pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan waris mereka layak menerima faedah bulanan, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan.

Beliau berkata waris juruterbang helikopter Allahyarham Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30, layak menerima Faedah Orang Tanggungan (FOT) berjumlah RM5,355 sebulan, manakala waris pegawai perubatan Allahyarham Dr Ainul Baraah Kamarudin, 33, turut layak menerima pencen penakat bulanan.

Ramanan berkata Zainol Afiq yang berkhidmat sebagai juruterbang Rotorwing (Malaysia) Sdn Bhd mencarum di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) sejak Januari 2018 hingga Ogos 2026.

“Oleh itu, waris Allahyarham Zainol Afiq layak menerima FOT berjumlah RM5,355 sebulan, iaitu RM3,213 kepada isterinya, Nor Izzati Syamimi Suhaimi, 31, dan RM2,142 kepada dua anak mereka.

“Isteri Allahyarham akan menerima syer pasangan seumur hidup, manakala dua anaknya, Adelia Sofia, 6, dan Ian Zayn, 1, masing-masing menerima syer hingga berusia 21 tahun atau tamat pengajian ijazah pertama,” katanya.

Beliau berkata isteri Allahyarham turut menerima Faedah Pengurusan Mayat (FPM) sebanyak RM3,000.

Sementara itu, Ramanan berkata Allahyarham Dr Ainul Baraah, yang berasal dari Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan, mencarum dari Jun 2019 hingga Ogos 2024.

“Suaminya Muhammad Faiz Abdul Malik, yang merupakan seorang guru, layak menerima pencen penakat sebanyak RM1,574.10 sebulan seumur hidup dan FPM sebanyak RM3,000,” katanya.

Penyerahan bayaran FPM kepada kedua-dua keluarga mangsa dilakukan semalam di Miri.

 
423763-423763.jpg


MIRI, 9 September – Empat mangsa nahas helikopter yang terhempas di Long Lellang, Ulu Baram sudah ditemui, manakala seorang lagi masih belum dijumpai.

Identiti kesemua mangsa yang ditemukan masih belum disahkan, sementara operasi pencarian mangsa terakhir diteruskan.

Foto : JBPM Sarawak

'Yang sahih di RTM'
#RTM #BeritaRTM #MalaysiaMadani #TaatSetia #BersamaMALAYSIAKU
#RancakkanMADANI #MADANIBekerja
sorg lg sempat terjun ke
 

Nahas Helikopter: Semua Operasi FDS Di Sarawak Ditangguh Sementara – Dzulkefly​

8d5b03c6cb71667e480382d3ddd0ed076aa22793887c1

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad

Semua operasi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Sarawak ditangguhkan buat sementara waktu bagi membolehkan siasatan dan semakan menyeluruh dilakukan terhadap mekanisme keselamatan serta operasinya, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Langkah itu diambil susulan nahas membabitkan sebuah helikopter yang digunakan bagi perkhidmatan berkenaan di Long Lellang, Miri pada Selasa.

Bagaimanapun, Dzulkefly memberi jaminan bahawa perkhidmatan pemindahan perubatan (Medevac) bagi kes kecemasan akan terus beroperasi menerusi kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM) dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Beliau berkata KKM juga akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Angkatan Tentera Malaysia bagi meneroka penggunaan aset pasukan keselamatan itu untuk menerbangkan pesakit yang memerlukan rawatan kecemasan ke fasiliti kesihatan bersesuaian.

“KKM akan melaksanakan penilaian menyeluruh terhadap keseluruhan kerangka penyampaian perkhidmatan FDS di Sarawak termasuk aspek kontrak, tadbir urus, keselamatan operasi, keperluan liputan dan keberkesanan model penyampaian perkhidmatan sedia ada.

“Penilaian ini bertujuan memastikan pendekatan yang akan dilaksana pada masa hadapan lebih selamat, berdaya tahan, mampan dan responsif terhadap keperluan kesihatan masyarakat di kawasan pedalaman Sarawak,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Dzulkefly berkata KKM turut menilai semula lokasi dan kaedah akses perkhidmatan FDS termasuk alternatif pengangkutan serta pendekatan lain yang selamat dan praktikal bagi memastikan masyarakat di kawasan pedalaman terus mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan.

“Kementerian memahami kesulitan dan cabaran yang mungkin timbul susulan penangguhan sementara berkenaan, bagaimanapun, keselamatan petugas dan pesakit kekal menjadi keutamaan KKM, di samping memastikan kesinambungan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat di kawasan pedalaman.

“KKM akan terus memantau situasi dari semasa ke semasa dan memaklumkan perkembangan terkini kepada orang awam sewajarnya,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register