# Latest topic utk bincang :
" HASIL KOMISEN DARI SUMBER TRAFIK MENIPU "
Boleh atau tidak yer?
Jom kita diskus lagi topik cincai ini!
p/s: Meraikan perbezaan - Mencari titik persamaan = Demi RM1 Yang Pertama dari Buat Duit Online!
HASIL KOMISEN DARI SUMBER TRAFIK MENIPU
Beberapa ketika dulu pernah juga saya sertai satu muzakarah peringkat kawan2 kat bawah pokok mempelam bercerita tentang pembangunan laman web/blog.
Waktu itu yg turut sama berbincang ada mcm2 golongan. Ada yang gamble, ada yg liberal tak kurang juga ada yg syadid. Tapi disebabkan yg join tu semua member2 kita, so di akhir muzakarah takde lah sesapa yg sentap. Semua menuju ke meja makan utk menikmati jamuan ringan.
Saya tidak akan menyentuh topik yg tt buka iaitu
Hasil Komisen Dari Sumber trafik menipu sbb dah terlalu advanced.
Cuma saya suka utk refresh semula satu perkara yg dibangkitkan dalam muzakarah itu. Mungkin ada serba sedikit kaitan dgn topic TT.
Halal dan Haram.. Whitehat dan Blackhat.. Greyhat dan sebagainya telah dibincangkan oleh TT dan sahabat2 kita yg lain dalam thread ni (boleh rujuk semula previous page). Menurut intipati yg boleh saya kaitkan dari perbincangan tersebut, kesalahan itu bukan hanya meletakkan content2 berunsur lucah dalam blog untuk meraih trafik. Sebenarnya antara kesalahan yg acapkali kita buat
(ataupun mungkin saya sorang yg pernah buat) ialah mengambil content dari laman lain. Tidak kira sama ada berbentuk teks mahupun imej, video dan sebagainya. Itupun dianggap sebagai kesalahan. Dalam bahasa melayunya disebut sebagai
Mencuri. Dah nama mencuri tentulah satu kesalahan. Itu baru bercerita tentang kandungan yg terbuka. Apatah lagi kalau curi gambar dlm laman yg
"No Right Click", atau bertindak memadam ataupun Crop bahagian yg ada nama pemilik. Dlm ertikata lain kandungan yg terang2 kita boleh anggap pemilik tak beri izin utk diambil.
Ada dari kalangan kami yang menyatakan bahawa mereka meletakkan kredit pada setiap gambar (sebagai contoh) yg mereka
curi sama ada dari Google mahupun terus dari laman web lain. Maka diterangkan dalam perbincangan itu cara sebenar meletakkan kredit seperti berikut:
1- anda melihat satu gambar yg sangat menarik dari sebuah laman web.
2- anda menghubungi pemilik laman web berkenaan untuk meminta izin meletakkan gambar tersebut di blog anda.
3- pemilik tersebut memberi keizinan kepada anda/ ataupun terdapat pemilik yang agak 'berkira' memberi keizinan kepada anda berserta syarat anda meletakkan kredit kepada beliau.
Itulah cara yg bersih, suci & halal yg dikatakan.
Bukannya cara seperti berikut.
(cara yg selalu orang amalkan)
1. anda melihat satu gambar yg sangat menarik dari sebuah laman web.
2. anda meletakkan gambar tersebut di blog anda dan meletakkan kredit pemilik dibawah gambar tersebut. Tindakan meletakkan kredit ini adalah disebabkan anda bimbang jika satu masa nnt pemilik tersebut terjumpa blog anda dan mempertikaikan tindakan anda tersebut.
Buat dulu, minta izin kemudian. Dalam bahasa yg mudah faham: prepare siap2 sebelum kena bambu dgn pemilik sebenar. Pernah berlaku kepada seorang sahabat saya. Tiba2 owner gambar tulis kat ruangan komen "
Gambar ambik kat mana? Kredit??"
Apabila berlaku kemasukan sumber2 yg tidak halal begini, maka boleh juga dikaitkan dgn topik yg dibuka oleh TT iaitu
Hasil Komisen Dari Sumber Trafik Menipu. Sebab itulah wujudnya istilah copyright, copyscape, copysusu & copy pak belalang dan sebagainya pada semua kandungan dlm internet ni.
Itu baru cerita gambar. Belum video.. belum line streaming.. belum link siaran Astr* yg kita curi lps tu trafik dtg menderu setiap Jumaat mlm Sabtu.
Maka selepas dari muzakarah tersebut menyebabkan saya menjadi kendur dan tidak lagi rajin untuk membina blog ataupun membantu org lain membuat blog. Sy tidak mahu mereka
sandarkan perbuatan dan teknik2 yg salah itu kepada sy. Saya lebih fokus kepada benda2 yg saya boleh hasilkan sendiri. Cumanya masih terdapat beberapa akaun laman sosial saya yg belum 'dibersihkan' sepenuhnya dari isu ini.