BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hampir 10,000 Sertai Sukan Melaka 2026 - Ab Rauf

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Hampir 10,000 Sertai Sukan Melaka 2026 - Ab Rauf​

04e818a7f1c86e6c8504e61bddb948006a66bc4286958

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (belakang, tengah) bersama peserta dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara yang muncul johan bagi kategori sukan sepak takraw pada Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Sukan Melaka 2026 Piala Ketua Menteri dan Peluncuran Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Paya Rumput di Stadium Hang Jebat di sini malam tadi.

Hampir 10,000 peserta direkodkan menyertai Sukan Melaka 2026 melibatkan sembilan acara utama yang dipertandingkan pada peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) bermula 24 Mei lepas hingga semalam.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata temasya sukan edisi keempat itu melibatkan acara seperti bola sepak, sepak takraw, bola jaring, bola keranjang, futsal, badminton, snuker, dam aji dan konda kondi.

Beliau berkata Sukan Melaka telah berkembang menjadi satu gelombang yang merentasi seluruh negeri, mencungkil bakat baharu, menyemarakkan persaingan sihat dan menyatukan seluruh keluarga besar Melaka.

"Daripada kesinambungan pembangunan sukan yang kita gerakkan ini, sebanyak 492 atlet telah dipilih untuk menyarung jersi negeri dan menggalas cabaran Melaka pada Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-22, yang akan berlangsung di Selangor.

"Inilah hasil yang kita mahu daripada gelanggang rakyat, kita lahirkan juara daripada setiap DUN, kita angkat nama Melaka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Sukan Melaka 2026 Piala Ketua Menteri dan Peluncuran Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Paya Rumput di Stadium Hang Jebat, di sini malam tadi.

Turut hadir Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput Datuk Rais Yasin dan Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri Datuk VP Shanmugam.

Ab Rauf berkata kejayaan yang diraikan tidak boleh terhenti setakat pingat dan piala, sebaliknya tanggungjawab kerajaan negeri adalah memastikan setiap bakat terus digilap, atlet terus dibimbing dan potensi diberikan ruang untuk melangkah lebih jauh.

Justeru, beliau berkata pada tahun ini sahaja, kerajaan negeri memperuntukkan lebih RM10 juta untuk memperkasakan kemudahan serta membangunkan infrastruktur sukan baharu di seluruh negeri.

 
Back
Top
Log in Register