BTC USD 83,600.0 Gold USD 4,170.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hadis Imam Al-Bukhari

Dari Anas r.a., katanya: "Rasulullah
s.a.w. bersabda: "Jikalau ada golongan
ahlulkitab - iaitu orang Yahudi atau
Nasrani - memberi salam kepadamu
semua, maka ucapkanlah: Wa'alaikum."

(Muttafaq 'alaih)
 
Dari Usamah r.a. bahawasanya Nabi
s.a.w. berjalan melalui suatu majlis -
pertemuan, yang di dalamnya terdapat
berbagai campuran antara kaum
Muslimin dan kaum musyrikin iaitu
para penyembah berhala dan ada pula
orang Yahudi, lalu Nabi s.a.w.
memberikan salam kepada mereka."

(Muttafaq 'alaih)
 
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Nabi
s.a.w. mencium Hasan bin Ali, lalu al-
Aqra' bin Habis berkata: "Sesungguhnya
saya ini mempunyai sepuluh orang
anak, tetapi saya tidak pernah mencium
seseorang pun dari mereka itu."
Rasulullah s.a.w. lalu bersabda:
"Barangsiapa yang tidak berbelas
kasihan, maka ia tidak dibelas kasihani
oleh Allah."

(Muttafaq 'alaih)
 
Narrated 'Amr bin Maimun: During the pre-lslamic period of ignorance I saw a she-monkey surrounded by a number of monkeys. They were all stoning it, because it had committed illegal sexual intercourse. I too, stoned it along with them.
[Sahih Bukhari, Volume 5, Book 58, Number 188]

rujuk link dari web rasmi UIA:

http://www.iium.edu.my/deed/hadith/bukhari/058_sbt.html

Soalan saya:

1. Sejak bila dalam dunia kemonyetan ada hukum syariah sekalipun ketika zaman jahiliyah? Bukankah syariat diturunkan utk orang yg berakal? Dan orang yg tak berakal, tidak ada taklif baginya.

Dan kalau ikut doktrin Sunni, maknanya Monyet pada zaman Jahiliyah lebih beriman dan berakal drpd monyet zaman sekarang. Sebab monyet dulu2 sudah taat pada perintah Tuhan, tapi zaman la ni monyet semuanya tak berakal, malah banyak mencuri dan berzina...dan tuhan versi Sunni sudah malas drpd melaksanakan tugasnya utk turunkan syariat utk dunia kemonyetan.

2. Bagaimana Ibnu Maimun tahu monyet betina tu berzina dgn monyet jantan? Adakah Ibnu Maimun boleh berbicara bahasa monyet?

:)cgrock
 
Narrated 'Amr bin Maimun: During the pre-lslamic period of ignorance I saw a she-monkey surrounded by a number of monkeys. They were all stoning it, because it had committed illegal sexual intercourse. I too, stoned it along with them.
[Sahih Bukhari, Volume 5, Book 58, Number 188]

rujuk link dari web rasmi UIA:

http://www.iium.edu.my/deed/hadith/bukhari/058_sbt.html

Soalan saya:

1. Sejak bila dalam dunia kemonyetan ada hukum syariah sekalipun ketika zaman jahiliyah? Bukankah syariat diturunkan utk orang yg berakal? Dan orang yg tak berakal, tidak ada taklif baginya.

Dan kalau ikut doktrin Sunni, maknanya Monyet pada zaman Jahiliyah lebih beriman dan berakal drpd monyet zaman sekarang. Sebab monyet dulu2 sudah taat pada perintah Tuhan, tapi zaman la ni monyet semuanya tak berakal, malah banyak mencuri dan berzina...dan tuhan versi Sunni sudah malas drpd melaksanakan tugasnya utk turunkan syariat utk dunia kemonyetan.

2. Bagaimana Ibnu Maimun tahu monyet betina tu berzina dgn monyet jantan? Adakah Ibnu Maimun boleh berbicara bahasa monyet?

:)cgrock

1. jawapan ada di thread adik74 -amaran-ajaran agama syiah, pegi cari sendiri. ada saya balas jawapan di situ.

2. bagaimana Qabil menyaksikan seekor gagak memakamkan temannya lalu Qabil turut mengikut memakamkan saudaranya..si Habil ? Apakah Qabil boleh berbicara bahasa gagak?

3.bagaimana kalau anda buta,apakah anda bisa membaca?


seperti yg saya nyatakan, banyakkan membaca hadis. saya sudah baca versi panjang hadis ini,juga dari riwayat ibnu maimun. apa-apa pun nak berhujah dgn hadis seperti ini pun tiada gunanya,apakah boleh kita bisa jadikan sbg hukum?

:)cgrock
 
Last edited:
Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis
Nombor 1698.

Dari Abu Hurairah r.a, katanya:
Saya mendengar Rasulullah saw.
bersabda: "Tuhan menciptakan
rasa kasih sayang itu seratus
bahagian. Sembilan bahagian
saja yang diturunkanNya ke atas
dunia. Dengan kasih sayang yang
satu bahagian itulah para
makhluk saling berkasih-sayang,
sehingga kuda mengangkat
kakinya kerana takut anaknya
terinjak."
 
Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis
Nombor 1884.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa
Rasulullah saw. bersabda: Belum
akan terjadi kiamat sebelum
timbul peperangan antara dua
pasukan besar, antara keduanya
timbul perang besar, sedang
seruan keduanya sama. Dan
sebelum lahir beberapa dajjal
(penipu besar) yang amat pandai
berbohong, hampir sebanyak tiga
puluh orang, semua
mendakwakan dirinya utusan
Allah. Dan sebelum ilmu
pengetahuan diambil
(berkurang), banyak
kegoncangan, zaman bertambah
cepat, kekacauan
bermaharajalela dan banyak
huru-hara, iaitu pembunuhan.
Dan sebelum harta sampai
melimpah-ruah, sehingga orang
yang berharta ingin hendak
memperoleh orang yang akan
menerima sedekahnya dan
ditawarkannya (kian ke mari),
tetapi orang yang ditawar untuk
menerima sedekah itu
mengatakan tidak lagi
memerlukannya. Dan juga
sebelum orang banyak
bermegah-megah (bersenang-
senang) dalam gedung-gedung
besar. Dan sebelum seseorang
melalui kubur orang lain, Lalu
dia mengatakan: "Wahai,
hendaknya saya menggantikan
orang itu." Dan sebelum
matahari terbit di tempat
terbenamnya. Setelah matahari
terbit (sebelah barat) dan
kelihatan oleh orang banyak
mereka beriman semuanya,
tetapi ketika itu keimanan tidak
berguna kepada seseorang yang
belum beriman sebelumnya atau
keimanannya belum
menimbulkan usaha-usaha yang
baik. Ketika kiamat terjadi, dua
orang yang hendak berjual beli
telah mengembangkan kain di
hadapan keduanya, tidak sempat
lagi meneruskan jual beli dan
tidak pula sempat melipat kain.
Ketika kiamat terjadi, seseorang
yang baru selesai memerah susu
lembunya, tidak sempat lagi
meminumnya. Ketika kiamat
terjadi, seseorang yang sedang
memperbaiki tepi kolamnya
tidak sempat lagi meminum
airnya. Ketika kiamat terjadi,
seseorang yang mengangkat
makanan ke mulutnya, tidak
sempat lagi memakannya."
 
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis
Nombor 0544.

Ibnu Umar r.a. mengatakan,
bahawa Rasulullah. saw. pernah
mendoa: "Wahai Allah! Berilah
kami berkat di negeri kami Syam
dan Yaman!" Tanya mereka
(para sahabat), "Nejd, bagaimana
ya, Rasulullah?" Jawab Nabi saw.,
"Wahai, Allah! Berilah kami
berkat di negeri kami Syam dan
Yaman!" Tanya mereka, "Nejd,
bagaimana ya,Rasulullah?" Jawab
Nabi saw., "Di sana akan banyak
terjadi gempa bumi dan berbagai
macam bencana. Dan di sana
akan timbul juga tanduk syaitan."
 
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis
Nombor 0927.
Dari 'Aisyah r.a.. katanya:
"Ketika Rasulullah saw. tiba di
Madinah, Abu Bakar dan Bilal
terkena demam panas. Ketika
Abu Bakar sedang naik
panasnya, ia berkata: "Pagi-pagi,
setiap orang (santai) dengan
keluarganya, padahal maut
mencekam lebih dekat dari tali
terompahnya." Bilal apabila
turun panasnya, dengan suara
keras dia berkata: "Wahai
kiranya ingatanku dapatkah
kiranya aku bermalam agak
semalam, Di sebuah lembah,
dikelilingi pohon izkhir dan jalil,
Dapatkah aku sampai pada suatu
hari ke air Majannah, dan dapat
jelas bagi ku bukit Syamah dan
Thafil." Selanjutnya ia berdoa:
"Wahai Allah! Ku tukilah kiranya
Syaibah bin Rabiah, 'Utbah bin
Rabiah dan Umayyah bin Khalaf,
sebagaimana mereka mengusir
kami dari negeri kami ke negeri
penyakit." Kemudian Nabi saw.
berdoa: "Wahai, Allah! Berilah
kami kecintaan terhadap
Madinah sebagaimana kami
mencintai Mekah atau lebih dari
itu. Wahai, Allah! Berilah
kiranya keberkatan bagi kami
pada gantang dan cupak kami.
Jadikanlah Madinah ini sihat
untuk kami dan pindahkanlah
penyakitnya ke Juhfah (Syam)." Kata
'Aisyah, "Ketika kami tiba di
Madinah, kota itu merupakan
bumi Allah tempat wabak
penyakit." Kata 'Aisyah
meneruskan, "Sungainya yang
mengalir, airnya keruh (kerana
mengandungi kuman-kuman
penyakit)."
 
Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis
Nombor 1667.

Dari 'Abdullah bin 'Amir r.a.,
'Umar melakukan perjalanan ke
Syam. Setelah ia sampai di Sargh,
datang berita bahawa di Syam
sedang berjangkit penyakit
menular. Lalu 'Abdurrahman bin
'Auf menceritakan kepadanya
bahawa Rasulullah saw. berkata:
"Kalau kamu mendengar
penyakit menular berjangkit di
suatu negeri, janganlah kamu
pergi ke sana. Tetapi kalau
penyakit itu berjangkit di negeri
di mana kamu berada, janganlah
kamu ke luar melarikan daripadanya !"
 
Back
Top
Log in Register