BTC USD 83,591.2 Gold USD 4,179.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hadis Imam Al-Bukhari

Ibnu abbas Ra. berkata, Rasulullah
saw bersabda, " seandainya setiap
orang yang dipenuhi dakwaannya tentu
akan ada orang yang menuntut atas harta
dan darah suatu kaum, Akan tetapi
bukti harus diajukan oleh pendakwa
dan sumpah harus diucapkan oleh orang
yang menolak tuduhan "

(HR Baihaqi dan yang lain, hadis hasan, sebahagian terdapat dalam sahih bukhari dan muslim)
 
Tidaklah seorang muslim menderita
sakit kerana suatu penyakit dan juga
lainnya, melainkan Allah
menggugurkan kesalahan-kesalahannya
dengan penyakit itu, sebagaimana
pohon yang menggugurkan daun-
daunnya".

(Ditakhrij Al-Bukhari, 7/149.
Muslim 16/127)
 
Dari Anas bin Malik, dia berkata.
"Aku pernah mendengar Rasulullah
Shallallahu 'alaihi wa sallam berkata.
" Sesungguhnya Allah
berfirman. 'Apabila Aku menguji
hamba-Ku (dengan kebutaan) pada
kedua matanya lalu dia bersabar, maka
Aku akan mengganti kedua matanya itu
dengan syurga".

(Ditakhrij Al-Bukhari 7/151 dalam Ath-Thibb.)
 
Dari 'Urwah bin az-Zubair bahwasanya
Said bin 'Amr bin Nufail r.a. diajukan
sebagai lawan oleh Arwa binti Uwais
kepada Marwan bin al-Hakam - yang
waktu itu sebagai khalifah. Wanita itu
mendakwa bahwa Said mengambil
sebagian dari tanahnya. Said lalu
berkata: "Saya sudah mengambil
sebagian tanahnya, padahal saya sudah
mendengar Rasulullah s.a.w.
bersabda." Marwan bertanya: "Apa
yang anda dengar dari Rasulullah
s.a.w.?" la menjawab: "Saya mendengar
Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa yang mengambil tanah
sejengkal secara penganiayaan, maka
tanah itu akan dikalungkan di lehernya
sampai tujuh lapis bumi di bawahnya."
Marwan lalu berkata:"Saya tidak lagi
akan meminta keterangan tentang
kebenaranmu setelah mendengar ini."
Said lalu berdoa: "Ya Allah, jikalau
wanita itu dusta, maka butakanlah
matanya dan matikanlah ia dalam
tanahnya sendiri."
'Urwah berkata; "Wanita itu tidak mati-
mati sehingga penglihatannya lenyap -
yakni menjadi buta matanya, Dan pada
suatu ketika ia berjalan di tanahnya
sendiri, tiba-tiba terjerumuslah ia
dalam suatu lubang, kemudian mati di
situ."

(Muttafaq 'alaih)
 
Dari Aisyah radhiallahu 'anha, katanya:
"Rasulullah s.a.w. Bersabda kepada
saya: "Ini Jibril menyampaikan salam
padamu."Saya berkata: "Wa 'alaihis- salam
warahmatullahi Wabarakatuh."

(Muttafaq 'alaih)
 
Dari Anas r.a . bahawasanya Nabi
s.a.w. itu apabila berbicara
mengucapkan sesuatu kalimat, selalulah
beliau s.a.w. mengulangi-nya sampai
tiga kali, sehingga dapat didengari
ucapannya itu dan apabila beliau s.a.w.
itu datang pada sesuatu kaum, lalu
beliau memberikan salam kepada
mereka maka salamnya itu pun
diucapkannya tiga kali."

(Riwayat Bukhari)
 
Dari Abu Hurairah r.a. dalam
meriwayatkan Hadisnya orang yang
berbuat buruk dalam solatnya,
bahawasanya orang itu datang lalu
bersembahyang, kemudian datang lagi
kepada Nabi s.a.w. terus ia memberi
salam kepada beliau dan beliau
menjawab salamnya, selanjutnya beliau
bersabda: "Kembalilah bersembahyang
lagi, sebab engkau tadi sebenarnya
belum bersembahyang." Orang itu
kembali lagi lalu bersembahyang,
setelah itu datang lagi terus
mengucapkan salam kepada Nabi s.a.w.
sehingga ia melakukan sedemikian itu
sampai tiga kali banyaknya.

(Muttafaq 'alaih)
 
Dari Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash
radhiallahu 'anhuma bahawasanya ada
seorang lelaki bertanya kepada
Rasulullah s.a.w.: "Manakah amalan
Islam yang terbaik?" Beliau saw menjawab:
"Iaitu engkau memberikan makanan
dan engkau mengucapkan salam kepada
orang yang sudah engkau kenal dan
orang yang belum engkau kenal."

(Muttafaq 'alaih)
 
Dari Abul Khaththab iaitu Qatadah ,
katanya: "Saya berkata kepada Anas
r.a.: "Adakah cara saling berjabatan
tangan itu di kalangan para sahabatnya dan
Rasulullah s.a.w. itu?" Anas menjawab:
"Ya, ada."

(Riwayat Bukhari)
 
Dari Anas r.a. bahawasanya ia berjalan
melalui anak-anak lalu ia memberikan
salam kepada mereka dan berkata:
"Rasulullah s.a.w. itu juga melakukan
seperti ini - yakni mengucapkan salam
kepada anak-anak."

(Muttafaq 'alaih)
 
Back
Top
Log in Register