Yang halal itu jelas dan yang
haram itu jelas, dan di antara
keduanya terdapat hal-hal
musyabbihat (syubhat / samar, tidak
jelas halal-haramnya), yang tidak
diketahui oleh kebanyakan manusia.
Barangsiapa yang menjaga hal-hal
musyabbihat, maka ia telah
membersihkan kehormatan dan
agamanya. Dan, barangsiapa yang
terjerumus dalam syubhat, maka ia
seperti penggembala di sekitar
tanah larangan, hampir-hampir ia
terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah
bahawa setiap raja mempunyai tanah
larangan, dan ketahuilah
sesungguhnya tanah larangan Allah
adalah hal-hal yang diharamkan-
Nya. Ketahuilah bahawa di dalam
tubuh ada sekerat daging. Apabila
daging itu baik, maka seluruh tubuh
itu baik; dan apabila sekerat daging
itu rosak, maka seluruh tubuh itu
pun rosak. Ketahuilah, dia itu
adalah hati.”
(HR. Bukhari)