BTC USD 81,354.9 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hadis Imam Al-Bukhari

Daripada Abdullah Bin Abbas r.a, Nabi SAW
bersabda yang bermaksud: "Dua nikmat yang
ramai manusia terpedaya dengannya ialah
nikmat sihat dan nikmat kelapangan.",

(Riwayat Bukhari)
 
Rasulullah SAW bersabda, “Ada dua kenikmatan,
banyak manusia menjadi rugi gara-gara dua
kenikmatan ini, iaitu; nikmat kesihatan dan
nikmat waktu luang.”

(riwayat Bukhari dalam kitab
Shahih-nya, hadits no. 6412)
 
Rasulullah saw. Bersabda yang maksudnya:
"Sesungguhnya sah atau tidak sesuatu amalan
itu, bergantung pada niat. Dan setiap sesuatu
pekerjaan itu apa yang diniatkan. Maka
sesiapa yang berhijrah semata mata taat
kepada Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya
itu diterima oleh Allah dan Rasulnya. Dan
sesiapa yang berhijrah kerana keuntungan
dunia yang dikejarnya, atau kerana
perempuan yang akan dikahwini, maka
hijrahnya itu terhenti pada apa yang ia niat
hijrah kepadanya.",

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Dari Ibnu Abbas RA bahwa ada seorang
perempuan dari Juhainah datang kepada Nabi
SAW, lalu berkata: Sesungguhnya ibuku telah
bernazar untuk menunaikan haji, dia belum
berhaji lalu meninggal, apakah aku harus berhaji
untuknya? Beliau bersabda: "Ya, berhajilah
untuknya. Bagaimana pendapatmu seandainya
ibumu menanggung hutang, tidakkah engkau
yang membayarnya? Bayarlah pada Allah,
kerana Allah lebih berhak untuk ditepati."

(Riwayat Bukhari.)
 
Sabda Nabi SAW, "Barangsiapa yang
meminjam harta orang lain dengan
niat ingin mengembalikannya, Allah
akan mengembalikan pinjaman itu,
namun barangsiapa yang
meminjamnya dengan niat ingin
merugikannya, Allah pun akan
merugikannya.",

(Riwayat Bukhari)
 
Daripada Aisyah r.a. Sesungguhnya
Rasulullah SAW telah bersabda:
"Berusahalah untuk mencari Lailatul
Qadar pada malam yang ganjil dari
sepuluh malam terakhir di bulan
Ramadhan.",

(riwayat Bukhari)
 
Nabi Muhammad S.A.W dalam satu
sabdanya ada memberikan
peringatan kepada kita semua yang
bermaksud: "Barangsiapa yang tidak
mensyukuri pemberian yang sedikit,
maka dia tidak akan mensyukuri
pemberian yang banyak, dan
barangsiapa tidak bersyukur kepada
manusia, maka dia tidak akan
pernah mensyukuri pada
Allah."

(Hadis riwayat Bukhari)
 
Rasulullah SAW bersabda: “Sentiasa
akan ada sekelompok dari umatku
yang sentiasa berjuang bersama-
sama kebenaran, mencabar dan
menentang musuh-musuh mereka.

Musuh-musuh mereka tidak dapat
memberi mudarat kepada mereka
sehingga Allah mendatangkan
keputusannya. Mereka tetap dalam
keadaan demikian.”

Maka para sahabat bertanya, ”Dimanakah
mereka?”

Jawab Rasulullah, ”Di Baitul Maqdis dan
sekitarnya.”

(Riwayat Bukhari)
 
Dari Saidina Usman bin Affan r.a
katanya, berkata Rasulullah s.a.w
“Sebaik-baik kamu ialah seorang
yang belajar Al-Quran dan
mengajarnya”.

(Hadith riwayat Bukhari)
 
Diriwayatkan dari Aisyah ra:
Seseorang bertanya kepada Nabi
Muhammad Saw, "Apakah amal
(ibadah) yang paling dicintai Allah?"
Nabi Muhammad Saw bersabda,
"Amal (ibadah) yang dilakukan
secara tetap meskipun sedikit.",

(Sahih Bukhari)
 
Back
Top
Log in Register