BTC USD 81,905.1 Gold USD 4,141.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hadis Imam Al-Bukhari

Dari Ibnu Abbas RA katanya,
"Rasullullah SAW melaknat lelaki
yang menyerupai perempuan dan
orang perempuan yang menyerupai
lelaki.",

(Riwayat Bukhari)
 
Rasulullah SAW bersabda, "Segala
yang menimpa orang Islam seperti
keletihan, penyakit, kedukaan,
kesedihan, kesakitan dan perkara
yang tidak disukai, bahkan termasuk
duri yang dipijaknya, melainkan
sebagai gantinya Allah
menghapuskan dosa-dosanya." ,

(riwayat Bukhari)
 
“Seorang lelaki bernama
‘Abdullah, digelar ‘himar’ (keldai).

Dia pernah menyebabkan
Rasulullah s.a.w ketawa. Juga
pernah Nabi s.a.w. menyebatnya
(menjatuhkan hukuman)
disebabkan kesalahan meminum
arak.

Pada suatu hari dia
ditangkap lagi (disebabkan
kesalahan meminum arak), maka
baginda pun menghukum lalu dia
disebat. Seorang lelaki berkata:

“Ya Allah! Laknatilah dia,
alangkah kerap dia ditangkap”.

Lantas Nabi s.a.w pun bersabda:
“Jangan kamu semua
melaknatinya! Demi Allah apa
yang aku tahu dia mencintai
Allah dan RasulNya”.

(Riwayat Bukhari)
 
Asma’ r.a menerangkan bahawasanya
Rasulullah SAW bersabda (kepada
Asma): “Nafkahkanlah dan janganlah
kamu menyempitkan sedekah yang
menyebabkan Allah menyempitkan
(tidak mengeluarkannya) untuk
kamu.”

Dan janganlah kamu
menyembunyikan sesuatu dalam
bungkusan yang kerananya Allah
memutuskan berkatnya dan
kesuburannya.”,

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Dari Ibnu Umar r.a katanya,
Rasulullah s.a.w bersabda:”Setiap
yang memabukkan adalah khamar
(arak) dan setiap yang memabukkan
adalah haram. Sesiapa yang
meminum khamar di dunia lalu dia
meninggal dunia sedangkan dia
telah terbiasa dan belum bertaubat
maka dia tidak dapat meminumnya
di akhirat nanti.”,

(riwayat Bukhari)
 
Menghindari banyak berkelakar,

berdasarkan hadis Nabi S.A.W. :
“Sesungguhnya seburuk-buruk orang
di sisi Allah SWT di hari Kiamat kelak
ialah orang yang suka membuat
manusia tertawa.”

(riwayat Bukhari)
 
Seorang lelaki telah datang
menemui Rasulullah s.a.w lalu
berkata,

”Sesungguhnya aku
melambat-lambatkan dari
sembahyang subuh disebabkan
imam itu memanjangkan
bacaannya ketika bersembahyang
bersama kami.”

(Abu Mas’ud
berkata) aku tidak pernah melihat
Nabi s.a.w marah ketika
memberikan nasihatnya lebih dari
marahnya pada hari ini.

Sabdanya, “Wahai sekelian
manusia, sesungguhnya antara
kamu semua ada (melakukan
sesuatu) menyebabkan orang lain
lari, sesiapa antara kamu yang
menjadi imam kepada orang ramai
hendaklah ia memendekkan
bacaannya kerana sesungguhnya
makmum dibelakangnya terdiri
daripada orang tua, kanak-kanak
kecil dan orang yang hendak
menguruskan keperluannya
dengan segera” ,

(Riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Sabda Nabi s.a.w.: "Seorang Muslim
adalah seseorang yang kaum
Muslimin selamat dari gangguan
lisan dan tangannya dan seorang
muhajir (orang yang berhijrah)
adalah orang yang meninggalkan apa
yang dilarang oleh Allah.",

(Hadis riwayat Bukhari)
 
Rasulullah s.a.w bersabda yang
bermaksud:” Doa itu ialah ibadat.”.

(Riwayat Bukhari)
 
Back
Top
Log in Register