BTC USD 81,461.8 Gold USD 4,004.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hadis Imam Al-Bukhari

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a
beliau mengatakan bahawa Rasulullah
s.a.w pernah bersabda:”Orang yang luput
solat Asarnya samalah ertinya dia telah
kehilangan keluarga dan harta
kekayaannya.”

(Hadis riwayat Bukhari)
 
Dari Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah
s.a.w bersabda,"Sekiranya manusia tahu
betapa besarnya pahala
mengumandangkan adzan dan menempati
shaf pertama, kemudian mereka tidak
boleh mendapatkannya kecuali dengan
cara diundi, nescaya mereka akan
melakukan undian”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
"Wanita yang menegakkan shalat 5 waktu,
berpuasa Ramadhan, taat suami, akan
masuk syurga dari pintu mana saja dia
suka."

(riwayat Bukhari)
 
Rasulullah saw. menggabungkan kedua
tangannya dan meniupnya, dan membaca:
surah al ikhlas, surah al falaq, surah an
Nas. Kemudian beliau menyapukan kedua
tangannya ke tubuhnya di mulai dari
kepalanya, wajahnya, dan bahagian depan
tubuhnya beliau s.a.w. membacanya
sebanyak 3 kali.

(riwayat Bukhari)
 
Dari Aisyah r.a berkata adalah nabi SAW
sangat tertarik kepada mendahulukan yang
kanan dalam memakai sepatu, menyisir
rambut, berwudhu' dan segala urusannya.

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Ramalan mujur - s.ial adalah syirik.
(Rasulullah mengulanginya tiga kali).

[riwayat Bukhari dan Muslim]
 
Jika salah seorang diantara kalian melihat
orang yang memiliki kelebihan harta dan
rupa, maka lihatlah org yg berada di
bawahnya.

(riwayat Bukhari)
 
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW
bersabda:"Setiap umatku masuk ke dalam
syurga selain orang yang enggan."

Mereka bertanya:"Ya Rasulullah! Siapakah yang
enggan itu?"

Jawab baginda:"Siapa yang
mematuhi perintahku, masuk syurga dan
siapa yang melanggar perintahku maka
sesungguhnya orang itu enggan."

(riwayat Bukhari)
 
Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW,
baginda bersabda: "Allah
berfirman:Aku telah menyediakan untuk
hamba-Ku yang soleh, apa yang belum
pernah mata melihat, belum pernah
telinga mendengar dan belum pernah
teringat (terlintas) dalam hati
manusia."

(riwayat Bukhari)
 
"Ketaatan hanya untuk perbuatan
makruf."

Tidak ada ketaatan dalam kemaksiatan,
sesungguhnya ketaatan itu dalam
kebajikan.

(riwayat Bukhari)
 
Back
Top
Log in Register