BTC USD 81,581.8 Gold USD 4,024.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hadis Imam Al-Bukhari

"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari
fitnah hidup dan mati, aku juga berlindung
dari siksa kubur."

[ riwayat Bukhari]
 
Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Tiga doa
yang sangat mustajab iaitu doa orang yang
berpuasa, doa orang yang dizalimi dan doa
orang yang musafir."

(Riwayat Ahmad,Bukhari, Abu Daud & al-Tarmizi)
 
"Doa itu adalah otak ibadah."

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
"Barangsiapa berdusta atas namaku dengan
sengaja, maka tempatnya dalam
neraka."

(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim)
 
Dan tidak ada ganjaran lain bagi haji
mabrur (haji yang baik) selain
syurga."

(riwayat Bukhari, Muslim, Tirmdizi,
Nasai, Ibnu Majah, Ahmad dan Malik]
 
Rasulullah s.a.w bersabda yang
maksudnya:”Ketahuilah bahawa dalam
jasad manusia ada seketul daging
(segumpal darah), jika baik maka baiklah
seluruh anggota dan jika rosak maka
rosaklah seluruh anggota, itulah hati.”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
"Sesiapa yang membuat ibu dan bapanya
gembira (memberi keredhaan) maka
sesungguhnya ia mendapat redha Allah
s.w.t."

(Riwayat Bukhari)
 
Abdullah ibn Masud pernah bertanya
kepada nabi s.a.w, “Apakah amalan yang
paling Allah sukai?”

Baginda menjawab,
“Solat tepat pada waktunya.”

Abdullah ibn Masud bertanya lagi, “Kemudian apa?”

Baginda menjawab, “Melakukan kebaikan
kepada kedua-dua ibu bapa.”

Abdullah bertanya lagi, “Kemudian apa?”

Nabi menjawab, “Jihad kerana agama
Allah.”

(Sahih Bukhari dan Muslim)
 
"Tidak ada pemberian ibu bapa yang paling
berharga kepada anaknya daripada
pendidikan akhlak mulia."

(riwayat Bukhari)
 
Sabda Rasulullah s.a.w: "Bertakwalah
kepada Allah Subhanallahu wata'ala dan
berlakulah adil terhadap anak-
anakmu."

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Back
Top
Log in Register