BTC USD 80,591.1 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hadis Imam Al-Bukhari

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn
Basyer r.a. ﺭﺿﻲ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻨﻬﻤﺎ beliau berkata:
Aku telah mendengar Rasulullah SAW
bersabda:

Sesungguhnya perkara yang halal itu
terang jelas, dan sesungguhnya perkara
yang haram itu terang jelas,
dan di antara kedua perkara tersebut ada
perkara-perkara syubhat yang kesamaran
yang kebanyakan orang tidak
mengetahuinya.

Barangsiapa yang menjaga perkara
syubhat maka sesungguhnya dia telah
membersihkan agamanya dan maruah
dirinya.

Dan barangsiapa yang terjatuh dalam
perkara syubhat, maka dia telah jatuh
dalam perkara haram,

umpama seorang pengembala yang
mengembala di sekeliling kawasan
larangan,

dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke
dalamnya.

Ketahuilah bahawa setiap raja ada
sempadan dan sesungguhnya sempadan
Allah itu ialah perkara-perkara yang
diharamkanNya.

Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu
ada seketul daging yang apabila ia baik
maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia
rosak, maka rosaklah seluruh jasad.
Ketahuilah ia adalah hati.

Hadis sahih riwayat Bukhari
dan Muslim
 
Daripada Uthman bin Affan r.a., Nabi
s.a.w. bersabda: "Orang yang terbaik
daripada kalangan kamu ialah orang yang
belajar al-Quran dan mengajarnya."

( Riwayat Bukhari )
 
Daripada Abdullah bin Umar r.a., Nabi
s.a.w. bersabda: "Golongan yang sentiasa
hampir dengan al-Quran adalah seperti
orang yang yang menambat unta. Jika ia
menambatnya, unta itu dapat dikawal.
Jika ia melepaskannya, unta itu juga akan
terlepas pergi."

( Riwayat Bukhari )
 
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w.
bersabda: "Bukanlah daripada golongan
kami orang yang tidak melagukan al-Quran."

( Riwayat Bukhari )
 
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w.
bersabda: "Sesungguhnya umatku datang
pada hari kiamat dalam keadaan bersinar-
sinar daripada kesan wuduk. Sesiapa yang
berupaya untuk melebihkan basuhan
wuduknya, maka lakukanlah."

( Riwayat Bukhari dan Muslim )
 
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w.
bersabda: "Sesiapa yang keluar ke masjid
pada waktu pagi atau petang Allah akan
sediakan kepadanya di syurga tempat
berteduh pada setiap kali ia keluar."

( Riwayat Bukhari dan Muslim )
 
Daripada Ibn Umar r.a., Nabi s.a.w.
bersabda: "Solat berjemaah lebih afdal
daripada solat bersendirian sebanyak dua
puluh tujuh darjat."

( Riwayat Bukhari dan Muslim )
 
Daripada Jabir bin Abdullah r.a., Nabi s.a.w.
bersabda: "Siapa yang berkata (berdoa)
selepas mendengar azan: "Ya Allah,
Tuhan bagi seruan (tauhid) ini yang
sempurna dan solat yang didirikan;
berikanlah kepada Muhammad kedudukan
dan kelebihan yang tinggi, dan
tempatkanlahnya ditempat yang terpuji
yang telah Engkau janjikan"; maka ia
berhak mendapat syafaatku pada hari
kiamat."

( Riwayat Bukhari )
 
Daripada Abu Qatadah al-Sulami r.a., Nabi
s.a.w. bersabda: "Apabila kamu masuk
ke dalam masjid maka dirikanlah solat dua
rakaat sebelum duduk."

( Riwayat Bukhari dan Muslim )
 
Daripada Abu Juhaim r.a., Nabi s.a.w.
bersabda: "Sekiranya seseorang yang
melintasi di hadapan orang yang sedang
solat mengetahui dosa yang akan
menimpanya, nescaya ia berdiri disitu
selama ‘empat puluh’ adalah lebih baik
daripada melintasi dihadapan orang itu."

( Riwayat Bukhari dan Muslim )
 
Back
Top
Log in Register