BTC USD 80,324.3 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hadis Imam Al-Bukhari

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"Orang yang mencekik dirinya sendiri
sampai mati akan mencekiknya juga
didalam neraka, dan orang yang menikam
dirinya juga akan menikam dirinya dalam
neraka dan orang yang melemparkan diri
dari tempat tinggi untuk membunuh diri
maka akan selalu dia melemparkan dirinya
didalam neraka"

(Riwayat Bukhari & Abu Hurairah r.a.)
 
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"Tidak akan berzina seorang pelacur
semasa berzina jika dia beriman, dan tidak
akan minum khamar (arak) ketika
meminumnya jika beriman dan tidak akan
mencuri seorang pencuri jika dia
beriman"

(Riwayat Bukhari & Muslim)
 
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"Sesiapa yang menyiapkan keperluan
orang yang berjihad fisabillah maka bererti
dia telah berjihad dan siapa yang menjaga
keluarga orang yang pergi berjihad dengan
baik maka bererti dia telah ikut berjihad
fisabilillah"

(Riwayat Bukhari & Muslim ,dari Zaid bin Khalid al-Juhani)
 
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"Siapa yang berperang untuk menegakkan
kalimat Allah s.w.t. maka itu fisabi
lillah"

(Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Musa al-Asyari r.a.)
 
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"Kamu akan dapati sejahat-jahat orang itu
ialah yang bermuka dua, yang datang
kesini dengan satu muka dan kesana
dengan satu muka lain"

(Riwayat Bukhari & Muslim)
 
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"Siapa yang tidak meninggalkan kata dusta
(bohong semasa puasa) maka Allah s.w.t.
tidak berhajat padanya untuk
meninggalkan makan minumnya"

(Riwayat Bukhari)
 
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"Sesiapa yang mati tidak sempat
menqadha'kan puasanya hendaklah
keluarganya (walinya) menggantikan
puasa tersebut"

(Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
 
Daripada Anas r.a. bahawasanya Nabi
Muhammad s.a.w pernah bersabda:

"Tiga perkara yang mengiringi jenazah iaitu
keluarganya, hartanya dan amalannya.
Maka dua perkara akan kembali dan yang
kekal hanya satu sahaja, iaitu keluarga
dan hartanya akan pulang dan yang tinggal
hanyalah amalannya sahaja"

(Riwayat Bukhari & Muslim)
 
Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi saw
bersabda: Allah ta'ala berfirman: "Apabila
hambaKu merancang melakukan suatu
amal kebaikan kemudian tidak jadi
dilakukannya,

maka aku mencatat baginya
suatu kebajikan, tetapi bila ia
melaksanakannya, maka tetap Aku
mencatat amalnya itu sepuluh kebajikan
sampai berganda tujuh ratus.

Dan apabila ia merancang untuk melakukan suatu kejahatan lalu tidak jadi dilaksanakannya,
maka tidaklah Aku catat baginya, tetapi
apabila ia tetap melaksanakannya Aku
catat baginya, sebagai satu kejahatan".

(Riwayat Bukhari dan Muslim serta
At-tirmidzi dan Ibnu Hibban dari Abu
Hurairah)
 
"Malu Itu Tidak Datang Kecuali
Dengan Membawa Kebaikan"

(Riwayat Bukhari & Muslim)
 
Back
Top
Log in Register