BTC USD 80,650.0 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hadis Imam Al-Bukhari

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"Barangsiapa yang tidak meninggalkan
kata dusta (bohong semasa berpuasa)
maka Allah s.w.t. tidak berhajat padanya
untuk meninggalkan makan minumnya.

(Riwayat Bukhari)
 
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"Tiga doa yang sangat mustajab iaitu doa
orang yang berpuasa, doa orang yang
dizalimi dan doa orang yang
musafir"

(Riwayat Ahmad, Bukhari,Abu Daud &al-Tarmizi)
 
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"Apabila salah seorang kamu lupa bahawa
ia berpuasa, lalu ia makan dan minum,
maka hendaklah ia menyempurnakan
puasanya kerana sesungguhnya ia telah
diberi makan dan minum oleh Allah
s.w.t."

(Riwayat Bukhari & Muslim)
 
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"Barangsiapa yang berperang untuk
menegakkan kalimat (agama) Allah s.w.t.
maka itu Fisabilillah"

(Riwayat Bukhari,Muslim &Abu Daud dari Abu musa al-Asyari r.a)
 
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi
Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"Sesiapa yang beriman kepada Allah s.w.t.
dan hari akhirat, maka hendaklah ia
bercakap baik ataupun diam"

(Riwayat Bukhari & Muslim)
 
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"Siapa yang benar beriman kepada Allah
s.w.t. dan hari kemudian maka janganlah
mengganggu jirannya dan berpesan-pesan
baiklah kamu terhadap jiran"

(Riwayat Bukhari)
 
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"Berapa banyak jiran yang memegang
tetangganya pada hari kiamat untuk
diajukan kepada Allah s.w.t. lalu berkata:

Ya Allah orang ini telah menutup pintunya
daripadaku dan tidak membantu
aku"

(Riwayat Bukhari)
 
Dari Aisyah, Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Saya tidak pernah melihat
Rasulullah s.a.w. menyempurnakan puasa
satu bulan cukup kecuali bulan Ramadhan
dan saya juga tidak melihat Baginda s.a.w.
berpuasa pada bulan lain lebih banyak dari
bulan Syaaban"

(Riwayat Bukhari & Muslim)
 
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"Seorang Mukmin melihat dosanya
bagaikan seorang duduk dibawah gunung
dan takut kejatuhan gunung itu"

(Riwayat Bukhari)
 
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi
Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"Firman Allah s.w.t. {Dalam Hadis Qudsi**
"Wahai anak Adam belanjakanlah harta
kamu, nescaya akan digantikan semula
oleh Allah kepadamu"

(Riwayat Bukhari & Muslim)
 
Back
Top
Log in Register