BTC USD 80,781.9 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hadis Imam Al-Bukhari

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi
Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"Sesungguhnya Allah s.w.t. akan
merahmati seorang yang lapang dadanya
ketika menjual,membeli dan menagih
hutang"

(Riwayat Bukhari dari Jabir r.a.)
 
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"Sembahyang berjemaah itu lebih afdal
daripada sembahyang bersendirian dua
puluh tujuh darjah"

(Riwayat Bukhari & Muslim)
 
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"Dan perumpamaan orang yang datang
terlebih dahulu (ke Masjid pada hari
Jumaat) bagaikan orang yang sedekah
unta, kemudian bagaikan yang sedekah
lembu, kemudian bagaikan sedekah
kambing, kemudian bagaikan sedekah
ayam, kemudian bagaikan sedekah
telur"

(Riwayat Bukhari & Muslim)
 
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"Ketika Allah s.w.t. telah selesai
menjadikan semua makhluk, maka menulis
tulisan yang ada diatas Arsy yang
berbunyi:Rahmat-Ku mendahului murka-
Ku (Rahmat-Ku mengalahkan murka-
Ku)"

(Riwayat Bukhari, Muslim & Ibnu Majah)
 
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"Seandainya seorang kamu keluar
membawa tali (ke hutan) lalu pulang
membawa seberkas kayu api lantas kayu
itu dijualnya dimana dia dapat
kehormatannya, maka perbuatan itu
adalah lebih baik daripada dia meminta-
minta, sama ada diberi ataupun
tidak"

(Riwayat Bukhari)
 
Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Nabi
Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Orang
Mukmin yang paling sempurna imannya
ialah mereka yang paling baik
akhlaknya..."

(Riwayat Bukhari & Muslim)
 
Dari Anas r.a. katanya bahawa Nabi
Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"Sesiapa yang tidur atau terlupa hingga
luput sembahyang hendaklah dia
menunaikan (sembahyang) sebaik-baik
sahaja dia ingat (sedar) kembali"

(Riwayat Bukhari)
 
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"Sebaik-baik puasa selepas Ramadhan
ialah puasa dalam bulan
Muharam"

(Riwayat Muslim, Bukhari, Abu Daud, Tarmizi,Nasai & Ibnu Majah)
 
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi
Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"Kewajipan seorang Muslim keatas Muslim
yang lain iaitu lima perkara, menjawab
salam, melawat orang sakit, mengiringi
jenazah, menerima undangan dan
mendoakan orang yang bersin"

(Riwayat Bukhari & Muslim)
 
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"Sesiapa yang mebuat ibubapanya gembira
(memberi keredhaan) maka sesungguhnya
ia mendapat redha Allah s.w.t. Sesiapa
yang menyakiti hati ibubapanya, maka
sesungguhnya ia mendapat kebencian
Allah s.w.t."

(Riwayat Bukhari)
 
Back
Top
Log in Register